in

Diskaun Pelajar Tiket Konsert Maher Zain Live Di Malaysia 2012

Pelajar Menikmati Diskaun 20% Untuk Tiket Konsert Maher Zain Live Di Malaysia 2012

Bersempena dengan cuti persekolahan, Marctensia Concerts kini menawarkan diskaun sebanyak 20% untuk semua pelajar yang ingin menyaksikan konsert Maher Zain ‘Forgive Me’ Live di Malaysia. Anda hanya perlu membawa kad pengenalan pelajar semasa membuat pembelian di mana-mana cawangan TicketCharge.

Dipersembahkan oleh Canon dan dianjurkan oleh Marctensia Concerts dan Awakening Records, Maher Zain ‘Forgive Me’ Live di Malaysia 2012 akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 16 Jun 2012 jam 8 malam. Harga konsert tiket bermula daripada (tempat duduk bebas) RM78, (tempat duduk bernombor) RM138, RM238, RM298 dan VIP. Sejak pelancaran tiket pada 25hb April, pihak penganjur mendapat sambutan hebat daripada peminat-peminat Maher Zain yang menyokong konsert ini.

Penyanyi yang dikenali menerusi lagu Insya-Allah ini juga akan membuat kemunculan khas sebelum hari konsert.

Selain menantikan satu kejutan yang telah disediakan oleh Maher Zain pada hari konsert, para penonton juga boleh menyaksikan persembahan artis undangan Irfan Makki dan Raef.

Maher Zain ‘Forgive Me’ Live di Malaysia 2012 ditaja bersama Etiqa Takaful Bhd dan One Drop Perfumes, konsert ini disokong oleh Tourism Malaysia, Inteam Records dan Warner Music Malaysia sebagai Syarikat Rakaman Rasmi, Astro sebagai Stesen TV Rasmi, SINAR fm sebagai Stesen Radio Rasmi, ERA fm dan IKIM fm selaku Sokongan Media, Hadramawt Restaurant sebagai Restoran Rasmi, Hilton KL sebagai Hotel Rasmi, Singesen sebagai Sokongan Teknikal, Maher Zain Malaysian Fan Club dan ASWARA University sebagai Rakan Promosi dan TJ & Co. sebagai Jurugambar Rasmi.

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert dan kemunculan khas Maher Zain, sila hubungi Marctensia di talian 03 2092 1199 atau layari laman sesawang www.marctensia.com. Untuk tempahan melalui talian, sila hubungi TicketCharge di talian 03 92228811 atau layari laman sesawang www.ticketcharge.com.my.

Maher Zain

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jejai Larang Fasha Sandha Berlakon

Drama A Untuk Abah Dan Bila Papa Pakai Pakai Kebaya