in , ,

Jazz Bertemu Joget Dalam ‘Joget Jiwa Lara’ Nyanyian Didie Shazry 

Joget Jiwa Lara, nyanyian Didie Shazry merupakan single kedua daripada Joget Made In Malaysia yang telah dilancarkan di WTC, Kuala Lumpur Oktober lalu.

Lagu ini adalah ciptaan Hazim Yunan dan Amrul Amran manakala liriknya adalah tulisan penulis lirik Azam Dungun. 

Lagu Joget Jiwa Lara adalah hasil penerbitan pelajar – pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), daripada Fakulti Muzik Seni Persembahan daripada nyanyian, penggubahan serta pemuziknya. Didie Shazry adalah pelajar graduan Diploma Muzik manakala Hazim Yunan dan Amrul Amran adalah pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Azam Dungun pula adalah pensyarah mereka. 

JOGET-JIWA-LARA_V5

“Empat institut pengajian tinggi awam telah dipilih untuk bekerjasama dengan Luncai Emas dalam penerbitan album Joget: Made In Malaysia. UPSI adalah diantaranya. Album terbitan Luncai Emas melalui Dana Kandungan Digital Muzik dari K-Komm ini mengangkat Irama joget ke dalam karya terbaru generasi muda, Kerjasama dengan pihak Universiti adalah memandangkan pelajar – pelajar bakal menjadi pelapis masa hadapan.” kata Penerbit Eksekutif album, En Keon Omar.

Justeru, untuk mengisi objektif album ini, lagu Joget Jiwa Lara adalah sebuah komposisi fusion mengekalkan irama traditional joget. ‘’Lagu ini memberi nafas baharu kepada komposisi joget di mana unsur – unsur jazz dan fusion digabungkan dalam satu gubahan yang menarik sambil mengekalkan irama tradisional joget’’. Kata Dr.Raja Iskandar , professor daripada Universiti Malaysia Kelantan yang juga merupakan penasihat seni warisan bagi projek album ini.

‘’Pada asasnya rentak joget dijadikan sumber utama manakala elemen fusion diselit dalam gubahan muzik yang diadaptasikan dari pengaruh muzik moden seperti muzik dari album Dato’ M.Nasir , Mezzoforte, Casiopea dan sebagainya agar muzik lagu ini lebih segar dan terarah kepada selera pendengar masa kini” tambah Prof. Azam Dungun. 

Didie Shazry, yang berasal dari Sabah, mula berkecimpung dalam bidang muzik sejak umur 11 tahun dan menyanyi sambil bermain bass untuk band sendiri, Akar Rimba. Bandnya sering menerima jemputan di seluruh Sabah dan Semenanjung . “Di Universiti, Prof Azam Dungun juga sering memberi saya peluang untuk menyanyikan lagu – lagu ciptaan beliau ‘’ ujar Didie.

Luncai Emas Sdn Bhd berharap usaha album joget ini akan mendapat sokongan semua golongan peminat, tua dan muda dan daripada radio, televisyen, media cetak dan elektronik.

Lagu Joget Jiwa Lara berpotensi menjadi lagu yang diminati oleh semua golongan dan boleh didengari di semua platform streaming seperti Spotify, Apple Music, Joox, iTunes dll, dan video muziknya juga boleh dilihat di saluran Youtube Luncai Emas tidak lama lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Romantik Komedi Filipina Berjudul The One That Got Away

Zainal Abidin Hassan

Fyna Jebat Mengaku Sudah Bernikah Dengan Datuk Zainal Abidin Hassan