in , ,

Drama Romantik Komedi Filipina Berjudul The One That Got Away

Apabila sebut sahaja perkataan telenovela, pasti akan terlintas pelbagai drama yang pernah menjadi kegilaan ramai termasuklah drama-drama Filipina yang pernah ditayangkan di Malaysia antaranya ‘Pangako Sa’yo’ (The Promise), ‘Marimar’, ‘Be Careful With My Heart’ dan ‘Forevermore’.

Terbaharu Radio Televisyen Malaysia (RTM) menampilkan seleksi drama bersiri bertajuk “The One That Got Away”, dengan gandingan mantap pelakon–pelakon iaitu Lovi Poe, Max Collins, Rhian Ramos, dan Dennis Trillo.

Satu persamaan menyatukan tiga wanita. Bertitik tolak dari situ, drama bersiri romantik Filipina popular sekitar tahun 2018 yang diarahkan oleh Mark Sicat Dela Cruz dan Rado Peru ini pastinya membuatkan penonton tidak berganjak menyaksikan siri drama ini yang bersiaran setiap Isnin hingga Sabtu, pukul 11.00 malam di TV Okey, bermula 4 Januari yang lalu.  

Drama Romantik Komedi Filipina Berjudul The One That Got Away

Bermula dengan memperkenalkan watak Alexandra Rey (Alex), seorang pekerja untuk rangkaian kabel. Dia seorang yang ceria yang bekerja keras untuk membantu menyara keluarganya.

Kemudiannya watak Darlene (Darcy), merupakan jurulatih peribadi yang lantang dan bercita-cita tinggi. Dia sangat berdikari dan merupakan tulang belakang yang boleh dipercayai untuk adik-beradiknya.

Manakala dalam watak Sophia Elizabeth (Zoe), dikenali sebagai pereka pakaian renang dan merupakan personaliti media sosial. Berasal daripada keluarga yang kaya, dia tinggal di kondominium mewah dan menjalani gaya hidup bebas.

Apabila ketiga-tiga wanita itu bertemu, mereka mula menyedari bahawa ada satu persamaan iaitu mereka semua pernah menjadi teman wanita kepada William Dominic “Liam”, usahawan kacak yang digilai ramai. 

Ikuti bagaimana jika tiga wanita cantik berdikari yang mempunyai bekas teman lelaki yang sama bertemu dan mereka semua kebetulan masih jatuh cinta dengannya? Bolehkah mereka mengetepikan perbezaan peribadi mereka dan memperjuangkan cinta secara adil? Saksikan kesudahannya di TV Okey.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Beraninya Awak!, Kifarah itu ada,” – Puteri Sarah Liyana 

Didie Shazry

Jazz Bertemu Joget Dalam ‘Joget Jiwa Lara’ Nyanyian Didie Shazry