in

Sidang Media Pertandingan Akhir Hits 1 Musim 6

SIDANG MEDIA PERTANDINGAN AKHIR HITS 1 MUSIM 6

Jika rangkaian stesen TV lain dapat berbangga dengan penganjuran pertandingan yang mengiktiraf lagu-lagu terbaik yang memeriahkan industri hiburan tanahair, Radio Televisyen Malaysia (RTM) juga nyata tidak ketinggalan sama tampil dengan program carta Hits 1 yang tahun ini masuk tahun ke enam penganjurannya.

3336755979 7B1Bcdb377 O | 4 

Acara kemuncak program ini pastinya membariskan nama-nama artis dan komposer hebat yang bakal merebut peluang melayakkan mereka diiktiraf mengungguli anugerah dipertandingkan.

Justeru pada 04 Mac 2009 (Rabu), jam 3.00 petang bertempat di Auditorium P.Ramlee, Wisma Radio, Angkasapuri, Kuala Lumpur berlangsungnya Sidang Media Pertandingan Akhir Hits 1 Musim 6 mengumumkan sembilan artis yang menempa tempat ke peringkat akhir di samping komposer dan penulis lirik yang terlibat menyumbangkan lagu dan lirik mereka yang sememangnya memiliki ‘aura’ tersendiri hingga layak menjejakkan akhir ke peringkat akhir.

Lagu-lagu hebat yang bakal dipertandingkan menerusi Pertandingan Akhir Hits 1 (Musim 6) ialah Cinta Si Rama-Rama (Edrie Hashim feat Hattan), Marabahaya (Pop Shuvit), Bila Aku Sudah (Hujan), Panas (Ifa Raziah), Nyata dan Maya (Kumpulan Search) yang akan digantikan oleh Kumpulan Projek Pistol), Tiada Maaf (Daniel Lee), Puteri Cinta Hati (Kumpulan Kristal), Tanpa (Kumpulan 6ixth Sense) dan Lagu Untukmu (Kumpulan Meet Uncle Hussain).

Manakala nama penggubah lagu dan penulis lirik membariskan nama Cinta Si Rama-Rama (Edrie Hashim/Edrie Hashim), Marabahaya (Pop Shuvit/Samsol Nahar), Bila Aku Sudah (Noh Hujan/Noh Hujan), Panas (Cat Farish/Cat Farish), Nyata dan Maya (Edrie Hashim/AD Samad), Tiada Maaf (Johan Farid Khairudin (JFK) & Omar K/Johan Farid Khairudin (JFK) & Omar K), Puteri Cinta Hati (Razlan Kristal/Razlan & Sheilance), Tanpa (6ixth Sense/6ixth Sense) dan Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain/Meet Uncle Hussain).

Hits 1, rancangan pertandingan carta lagu Melayu popular masa kini.  Carta lagu popular ini diadaptasikan  dari Carta Radio Muzik fm pada setiap minggu.  Lagu-lagu yang dicalonkan, diputarkan dan menjadi pilihan ramai di radio Muzik fm akan dicalonkan untuk bertanding di dalam rancangan hits1 dengan menggunakan klip video.

Rancangan ini dikendalikan oleh E’one  dan Nabila Huda selaku pengacara tetap dan pihak penerbitan menjemput artis undangan yang bertanding ke studio untuk ditemubual secara eksklusif semasa siaran langsung.

Minggu pengenalan musim keenam berlangsung sebaik sahaja berakhir musim ke lima. Siaran pengenalan musim ke enam pada 05 April 2008 pada jam 12.05 hingga 01.00 tengah hari di RTM1. Namun mulai 12.07.2008, Hits1 telah bertukar masa siaran iaitu pada jam 2.00 hingga 3.00 petang. Hits1 musim keenam bukan sahaja bersiaran langsung dari Studio tetapi juga di luar, antara tempat yang telah dikunjungi ialah Lumut Perak, Kemaman Terengganu, Miri Sarawak dan banyak lagi tempat yang  dikunjungi. 

Bermula 1 Januari 2009, Hits 1 ditukar siarannya ke TV 2 (Dunia Ria) dan bersiaran langsung pada jam 3 hingga 4 petang namun masih mengekalkan hos yang sama. Hits 1 musim ini memperlihatkan sokongan padu dari penonton yang tak henti-henti mengundi agar lagu kegemeran mereka layak ke peringkat akhir. Hasil undian dari penonton, Hits 1 berjaya membariskan10 lagu paling popular yang mendapat undian tertinggi pada setiap pusingan (satu daripadanya menarik diri). Finalis Hits1 kali ini meletakkan 6 kumpulan berentap bersama artis seorang solo wanita dan lelaki dan duo yang turut menjanjikan yang terbaik.

Persaingan yang hebat bakal disajikan pada semua peminat seni tanah air. Semua yang bertanding memberi persaingan sengit antara satu sama kerana semuanya adalah yang terbaik dan menjadi pilihan masa kini. Ianya juga berdasarkan jurang perbezaan yang amat kecil untuk kategori lagu paling popular. Untuk pertandingan Hits 1 akhir, keputusan adalah ditentukan oleh juri profesional yang akan menobatkan lagu terbaik, lagu tempat ke-2, persembahan terbaik dan hanya satu kategori yang akan ditentukan oleh penonton iaitu kategori lagu paling popular.

VVIP yang diundang sewaktu sidang media diadakan adalah Tuan Haji Bakar Abdul Rahim bagi pihak Ketua Pengarah Penyiaran.

Pertandingan Akhir Hits 1 Musim 6 yang bakal dilangsungkan pada 28 Mac 2009 (Sabtu) di Auditorium Darul Makmur, Kuantan Pahang ini diterbitkan Norkhuzaimah Abd. Aziz, Unit Hiburan TV, RTM.

3337586742 1E44Bcc798 O | 5

3337587264 91A8D3Ab8C O | 6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem Talentime Arahan Yasmin Ahmad

Jawapan Trivia: Ikhwan Hot FM & Jam Tangan Quicksilver