in , ,

Tempahan GrabFood Anda Mungkin Dihantar Oleh Spider-Man!

833 Spidey Riders dari GrabFood bersedia untuk menghantar hidangan kegemaran anda. Pelanggan GrabFood berpeluang memenangi sebuah Playstation®4 Pro Marvel Spider-Man edisi terhad dan barangan eksklusif filem Spider-Man: Far From Home

Bak kata Peter Parker, “Kuasa yang besar pasti diiringi dengan tanggungjawab yang besar”, rakan penghantar GrabFood kami tentunya menggalas tanggungjawab yang lebih tinggi untuk  memastikan makanan yang ditempah oleh para pelanggan GrabFood dihantar tepat pada masanya bagi memuaskan selera yang menunggu!

Image 5 - 833 Spidey Riders Came For A Grabfood Event Specially For Delivery-Partners

Oleh itu, seperti filem Spider-Man: Far From Home yang dijadualkan ditayangkan di pawagam pada 3 Julai ini, maka bukanlah suatu yang mengejutkan apabila Sony Pictures Entertainment Malaysia memilih untuk menjalinkan kerjasama dengan perkhidmatan penghantaran makanan yang paling pesat berkembang di Malaysia untuk meningkatkan keterujaan ramai terhadap filem berkenaan. 

Dari 28 hingga 30 Jun 2019, seramai 833 rakan penghantar GrabFood, yang juga dikenali sebagai Spidey Riders, akan tampil berkostum adiwira Spider-Man di sekitar Lembah Klang. Usaha sama berkenaan merupakan salah satu cara bagi Grab untuk meningkatkan dan mewujudkan pengalaman penghantaran makanan yang baharu untuk para pelanggan. 

Di samping itu, usaha ini juga memberi penghormatan kepada adiwira harian ini: Mereka yang membantu memudahkan kehidupan kita untuk mengurangkan waktu menunggu ataupun beratur panjang supaya hidangan yang ditempah dapat dihantar bertepatan pada masanya dan secara selamat, tanpa berkompromi rasa dan kualiti sajian kegemaran.

“Di Sony Pictures Entertainment Malaysia, kami percaya bahawa hiburan mampu membentuk pengalaman interaksi individu serta bagaimana mereka berinteraksi dengan dunia.

Bersempena kembalinya salah satu judul paling mengujakan di layar perak, kami berhasrat untuk membawa pengalaman berkenaan dalam cara yang tidak pernah dilihat oleh rakyat Malaysia,”

“Kami amat berbangga untuk mengumumkan usaha sama penting yang menggabungkan keseronokan kembalinya filem Spider-Man bersama GrabFood.

Simon Foo, Pengarah Urusan Sony Pictures Entertainment Malaysia
Image 3 - Acting Head Of Grabfood Malaysia, Tan Jiong Jian

Menerusi kerjasama ini, adiwira kegemaran ramai ini akan menghantar hidangan terus ke pintu, pada masa yang sama ramai rakyat Malaysia tidak sabar menunggu tayangan filem, Spider-Man: Far From Home, yang dijadualkan pada 3 Julai 2019.

“Rakan penghantar kami terus membanggakan syarikat kami kerana menjadi adiwira kepada ribuan pelanggan yang lapar setiap hari.

Semangat, dedikasi dan usaha keras mereka telah menjadikan GrabFood perkhidmatan penghantaran makanan yang paling pesat berkembang di rantau dan negara ini. 

“Kami percaya bahawa makanan merupakan sebahagian utama dalam kehidupan harian dan sentiasa mencari cara untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dengan GrabFood, pada masa yang sama menjadikan ia lebih bermanfaat kepada penghantar makanan terbabit juga.

Kami amat berbesar hati untuk menjalin usaha sama dengan OMD dan Sony Pictures Entertainment bagi menyediakan peluang untuk menggembirakan para peminat adiwira kegemaran semua ini.”

Pemangku Ketua GrabFood Malaysia, Tan Jiong Jian
Image 2 - Grabfood Spidey Riders

Bagi menjadikan usaha ini suatu yang memberikan kepuasan, Sony Pictures Entertainment Malaysia akan menawarkan pelanggan GrabFood peluang untuk memenangi rangkaian edisi terhad barangan filem Spider-Man: Far From Home.

Pelanggan hanya perlu berswafoto bersama Spidey Riders dan muat-naik gambar berkenaan ke laman Facebook/Instagram berserta tanda pagar  #SpideyRiders dan #SpiderManFFH

Antara hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan adalah:

  • 1 x Edisi Terhad Playstation®4 Pro Marvel Spider-Man (Pemenang Hadiah Utama) 
  • 2 x Fon Kepala Pembatalan Bunyi Tanpa Wayar Sony  (2 x  Pemenang Hadiah Pertama) 
  • 10 x Baju-T Spider-Man: Far From Home (10 x Pemenang Hadiah Saguhati) 
Image 1 - Meet Our Spidey Rider Ready To Deliver Your Favourite Meals

Tidak ketinggalan berita baik kepada penggemar filem yang berusaha mendapatkan tiket tayangan perdana Spider-Man: Far From Home, pengguna GrabRewards taraf Gold dan Platinum juga layak menebus tiket tayangan perdana eksklusif serta barangan filem berkenaan menerusi katalog GrabRewards

“Tumpuan kami adalah untuk menginspirasi dan meningkatkan pengalaman pengguna dan kami melakukan perkara tersebut menerusi kepekaan deria Spidey kami!

Ia tentunya satu jalinan sempurna antara kemudahan yang disediakan GrabFood bersama karakter terkenal Sony Pictures Entertainment Malaysia. Rakyat Malaysia kini dapat meraikan hidangan mereka serta kehadiran semula Spider-Man menerusi peluang sekali seumur hidup ini.

Selain itu, para pelanggan juga berpeluang menerima tempahan GrabFood mereka daripada adiwira mesra ini sendiri!”

Anisha Iyer, Pengarah Urusan OMD Malaysia

Sungguhpun sebilangan peminat masih berduka dengan kematian Tony Stark dalam filem Avengers: Endgame, namun tiada cara yang lebih baik untuk mengubati kesedihan itu dengan membuat tempahan daripada GrabFood, duduk dengan selesa di atas sofa dan berseronok menonton filem-filem Marvel secara berterusan sebelum tayangan Spider-Man: Far From Home.

Image 4 - Take Selfie With Our Spidey Riders And Post It Up On Facebook Or Instagram With The Hashtags #Spideyriders And #Spidermanffh

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem berkenaan, malah anda mungkin dapat mengetahui kepentingan peranan 833 Spidey Riders!

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan usaha sama ini dan #SpideyRiders kami, sila layari laman web: https://www.facebook.com/177325317234/posts/10157506100342235/ 

About Grab 

Grab is the leading super app in Southeast Asia, providing everyday services that matter most to consumers. Today, the Grab app has been downloaded onto over 144 million mobile devices, giving users access to over 9 million drivers, merchants and agents. Grab has the region’s largest land transportation fleet and has completed over 3 billion rides since its founding in 2012. Grab offers the widest range of on-demand transport services in the region, in addition to food and package delivery services, across 336 cities in eight countries.

About Sony Pictures Entertainment (SPE) Malaysia

Sony Pictures Entertainment (SPE) is a subsidiary of Tokyo-based Sony Corporation. SPE’s global operations encompass motion picture production, acquisition, and distribution; television production, acquisition, and distribution; television networks; digital content creation and distribution; operation of studio facilities; and development of new entertainment products, services and technologies. SPE’s Motion Picture Group production organizations include Columbia Pictures, Screen Gems, TriStar Pictures, Sony Pictures Animation, Stage 6 Films, AFFIRM Films, and Sony Pictures Classics.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jaslin Puasa Hos Program KEDIAMAN IDAMAN SIRI 3

Get Ready To Jump Straight Back To The ’80s With These Malaysian Snacks And Stranger Things 3