in , ,

Janna Nick Tayang Posisi Belakang Badan, Komen Zizan Buat Netizen Terhibur

Selepas isu baju terselak, aktres Janna Nick sekali lagi mencuri perhatian ramai menerusi sekeping gambar yang dimuat naik dalam Instagramnya hari ini.

Pelakon dan pengacara wanita, Janna Nick sekali lagi menarik kecaman dan komen gersang segelintir pihak dalam gambar dengan posing posisi menunjukkan bahagian belakang badannyaa di media sosial.

Baru sahaja reda dengan kontroversi baju nampak dada, nampaknya Janna Nick memuat naik lagi gambar yang menjadi perhatian ramai hari ini.

Seolah tidak pernah serik dikecam netizen sebelum ini, aksi yang dipaparkan menerusi foto kali ini dilihat agak mencolok mata.

Janna Nick Tayang Posisi Belakang Badan, Komen Zizan Buat Netizen Terhibur

“Time (waktu) kentut pun cantik (diikuti dengan emoji hati berwarna merah),”

– ZIZAN RAZAK

Lebih menjadi perhatian, pelawak Zizan Razak turut meninggalkan komen menyamakan Janna seperti sedang membuang angin namun memuji pelakon itu tetap kelihatan cantik.

Tidak melenting dengan gurauan sesama artis, balas bekas pengacara Melodi itu: “Hahaha, syaitan.”

Komen tersebut seterusnya mengundang tawa netizen dan ada yang berpendapat gurauan Zizan agar kasar.

“Zizan membuat lawak kasar ya,”

– NETIZEN

Selain Zizan, seorang pelakon, Yasmin Hani pula menulis:

“Tumpang letak cawan boleh.”

Tidak melatah dengan gurauan Zizan itu, Janna dilihat membalas komen tersebut dengan ketawa panjang. Tidak kurang juga, pelakon Yasmin Hani turut meninggalkan komen menghiburkan.

Terdahulu, Janna berkata dia enerima segala komen dengan hati yang terbuka. Katanya, dia tidak akan memadam foto baju nampak dada itu daripada media sosialnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Elyana Terpaksa Ditahan di Hospital Selepas Lebih Sebulan Menahan Sakit

Tahniah! Ayda Jebat Selamat Lahirkan Bayi Perempuan