in ,

Elyana Terpaksa Ditahan di Hospital Selepas Lebih Sebulan Menahan Sakit

Penyanyi Elyana mengakui dirinya sudah tidak tertanggung menahan sakit hampir lebih sebulan lamanya. Beliau akhirnya terpaksa mengalah dan reda dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya.

Penyanyi lagu Kau Atau Aku, Elyana mengakui dirinya sudah tidak tertanggung menahan sakit hampir lebih sebulan lamanya.

Ujar Elyana, dia akhirnya mengalah dan reda dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya.

Dia turut berkongsikan perkara tersebut menerusi hantaran Instagramnya untuk pengetahuan peminat.

Elyana Terpaksa Ditahan di Hospital Selepas Lebih Sebulan Menahan Sakit

“Lebih sebulan menahan sakit sampai tak boleh tidur. Hari ini (semalam) masuk ubat tahan sakit, steroid dan ambil darah. Ujian COVID-19 memang wajib. Esok (hari ini) periksa jantung. Lusa buat ujian imbasan PET dan seterusnya, kemoterapi.

– Elyana

Dalam hantaran tersebut, dia turut memaparkan keadaan terkini yang sedang terlantar di atas katil hospital.

Terdahulu, media melaporkan bahawa pelakon drama Dunia Baru itu telah menghidap kanser limfoma sejak 10 tahun lalu dan kini sudah merebak ke beberapa bahagian badan.

Elyana Terpaksa Ditahan di Hospital Selepas Lebih Sebulan Menahan Sakit

Kekuatan yang aku lakonkan menjadi sebati dalam diri. Bahagian tubuh mana yang aku tak sakit? Semua sakit. 10 tahun. Semua sakit.” tulisnya di ruangan Instagram Story baru-baru ini.

Sentiasa berfikiran positif, Elyana berkata dia akan terus kuat melawan penyakit itu meskipun hampir 10 tahun mengalami kesakitan sejak sekian lamanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ben Utomo Kongsi Perspektif Tentang Isu Percintaan Anak Muda Masa Kini dalam GHOSTING

Janna Nick Tayang Posisi Belakang Badan, Komen Zizan Buat Netizen Terhibur