in , ,

Tahniah! Ayda Jebat Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan, di sini, jam 7.07 malam, hari ini. Tahniah buat pasangan Ayda & Nabil!

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang selamat melahirkan anak pertama, cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan, di sini, jam 7.07 malam tadi.

Berita gembira itu dimaklumkan oleh suaminya, Nabil Mahir yang meluahkan rasa syukur proses kelahiran anak mereka itu dipermudahkan.

“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ayda selamat melahirkan anak pada jam 7.07 malam seberat 2.77 kilogram,”

– Nabil Mahir

Petang tadi, menerusi akaun Instagram Ayda memaklumkan bakal melahirkan bayi sulungnya secara pembedahan seminggu lebih awal dari tarikh yang dirancang.

“Assalamualaikum semua. Insya-Allah ‘baby wuvv’ (gelaran bayinya) akan keluar petang ini. Seminggu awal dari tarikh yang dirancang. Mohon maaf kalau ada salah dan silap. Doakan saya dan bayi sihat serta selamat. Amin,”

– Ayda Jebat

Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Janna Nick Tayang Posisi Belakang Badan, Komen Zizan Buat Netizen Terhibur

Axle Sports Wakili Malaysia ke Siri Perlumbaan Maya Le Mans