in ,

Janna Nick Dikecam Rosakkan Lagu DI MATAMU Sufian Suhaimi

LAGU Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi bagaikan ‘lagu berhantu’ selepas ramai selebriti serta netizen bertindak memuat naik cover nyanyian mereka menerusi media sosial.

Baru-baru ini, kecoh sebentar kononnya penyanyi dan pelakon Janna Nick telah merosakkan lagu tersebut menerusi videonya bersama dengan penerbit JS Pictures, iaitu Jinggo.

Bagaimanapun, selaku penyanyi asal lagu itu, Sufian sendiri menganggap bahawa Janna mempunyai caranya yang tersendiri dalam menyampaikan lagu tersebut dan pujian juga harus diberikan kepadanya.

“Tak baik cakap begitu (menyanyi sumbang), masing-masing ada rendition sendiri untuk cover lagu Di Matamu, Janna Nick pun ada versi tersendiri.

“Saya suka dengar bila ramai orang cover (nyanyi semula) dan cuba improvise (tambah baik) mengikut cara mereka,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Janna telah dikecam teruk oleh netizen yang menganggap diri mereka sebagai juri kerana kononnya penyanyi lagu Akan Bercinta itu tidak sesuai untuk menyanyikan lagu sedih seperti itu.

Malah, ada juga golongan ‘bawang’ yang mengatakan bahawa nyanyian itu sangat sumbang dan hanya merosakkan lagu sahaja.

Dalam masa yang sama, Sufian turut berterima kasih kepada semua yang menyokong lagu tersebut walaupun ia masih belum dilancarkan.

“Alhamdulillah. Ia adalah permulaan baik untuk lagu ni. Walaupun belum lancar secara rasmi tapi versi yang tidak rasmi sudah cecah lebih lapan juta tontonan YouTube dalam masa tiga minggu.

“Terima kasih kepada semua yang menyokong terutamanya rakan-rakan artis, rakan media, dan peminat,” tambahnya lagi.

Lagu tersebut bakal dilancarkan pada Jumaat iaitu esok bersempena dengan tarikh sepatutnya dia dan bekas tunangnya, Elfira Loy untuk bernikah.

Selain itu, pemegang ijazah sarjana dalam bidang Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu turut berasa agak gementar serta teruja untuk menanti hari esok.

“Bimbang pun ada tapi dalam masa yang sama teruja. Saya harap orang ramai boleh terima lagu ini dan sesuaikan dengan hidup masing-masing,” katanya.

Lagu Di Matamu telah ditonton hampir mencecah satu juta kali selepas dimuat naik melalui laman Youtube pada 26 Februari lalu.

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sufian Suhaimi Lancar Klip Video di Hari ‘Bahagia’ 23 Mac

Roberto Carlos Adalah Duta Global Terbaharu AirAsia