in ,

Jangan Tutup Lampu Suria FM Bob Ringgo Kupas Fenomena Alam Ghaib

Jangan Tutup Lampu, nama segmen yang tidak asing lagi di radio Suria. Segmen kelolaan penyampai Bob Ringgo yang bersiaran setiap hari Jumaat jam 1 pagi hingga jam 3 pagi ini mengupas fenomena paranormal dan alam ghaib yang berlaku pada zaman kini.

Kini, himpunan kisah-kisah misteri, paranormal dan mistik yang dikongsikan pendengar Jangan Tutup Lampu diterbitkan di dalam bentuk visual di laman sesawang Suria.
Telah mula dimuatnaik pada 7 Disember yang lepas, antara kisah-kisah seram yang diterbitkan dalam siri ini melibatkan mitos kisah seram popular seperti pocong, penunggu di pejabat, hantu kebaya merah dan banyak lagi.

Jangan Tutup Lampu (4)

SEGMEN JANGAN TUTUP LAMPU KINI DALAM BENTUK VISUAL

“Bukan mudah kisah seram untuk dizahirkan dalam bentuk visual. Jangan Tutup Lampu adalah satu bentuk visual yang secara tidak langsung memperkenalkan kisah-kisah mitos hantu di negara ini. Saya berharap cereka pendek bersiri ini dilanjutkan penerbitannya sehingga kesemua mitos hantu dapat diterjemahkan dalam bentuk hiburan,” kata Aidilfitri Mohamed Yunus, Pengarah siri Jangan Tutup Lampu.

Aidilfitri turut menambah bahawa untuk mendapatkan jalan cerita dan perasaan seram tersebut, beliau mengkaji pelbagai mitos mengenai entiti-entiti termasuklah daripada bagaimana terjadinya entiti tersebut hinggalah ke perwatakannya.

“Idea penerbitan siri ini adalah daripada ratusan perkongsian daripada pendengar dan penerimaan pendengar terhadap segmen Jangan Tutup Lampu. Ia bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan masyarakat, tetapi sebagai pengajaran dan pengetahuan umum sahaja. Mungkin ada yang tidak percaya pada kisah hantu dan seumpamanya, tapi apa pun peringatan saya melalui rancangan ini adalah kita tidak boleh terlalu takut atau terlalu takbur dan berani juga kala berhadapan dengan fenomena seperti ini.” kata penyampai Suria, Bob Ringgo yang juga pengacara siri Jangan Tutup Lampu.

Jangan Tutup Lampu (5)

Sebanyak 8 episod Jangan Tutup Lampu menanti penggemar karya bergenre seram dan nantikan episod terbaru setiap hari Khamis pada jam 9 malam di laman sesawang suria.my.

Gunakan #JanganTutupLampu untuk sebarang interaksi berkaitan program ini di laman sosial.

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia.

Jangan Tutup Lampu (7)

Jangan Tutup Lampu (1)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Travelog Kembara #Jalanlama Jejak Masakan Hampir Pupus

Mat Redho Jadi Hos Travelog Bukan Jalan Biasa