in , ,

“Jangan Risau I Akan Jaga Family You,” – Syifa Melvin

Safawi Rasid tonggak ayam tambatan pasukan Malaysia ini telah mengesahkan penghijrahan ke negara eropah Portugal. Pemain sayap ini mengembangkan bakatnya dengan berpindah ke kelab bola sepak Portimonense SC yang merupakan kelab bola sepak di liga utama negara Portugal.

Rasanya ramai yang sudah tahu akan keberangkatan pemain bola sepak negara iaitu Safawi Rasid ke Portugal untuk memulakan tugas sebagai pemain baru di kelab bola sepak di sana.

Pemergian Safawi ke benua eropah itu pastinya membanggakan negara namun dalam masa yang sama mengundang kesedihan terutamanya buat insan tersayang yang terpaksa berjauhan.

Ketika ingin berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), ahli keluarga dan peminat dilihat hadir memberi sokongan kepada Safawi.

Kekasih Safawi, iaitu Syifa Melvin sempat menitipkan ucapan di Twitter buat kekasih hatinya itu.

“Jangan Risau I Akan Jaga Family You,” – Syifa Melvin

Kata Syifa dalam hantarannya, dia sentiasa mahu lihat kekasihnya itu berjaya dan akan menjaga keluarga Safawi seperti yang dijanjikan.

Ucapan Syifa itu kemudiannya telah dibalas oleh Safawi dengan emoji berbentuk hati.

Ada satu momen yang menunjukkan Syifa Melvin sedih hati dan mengalirkan air mata kerana terpaksa berjauhan dengan Safawi Rasid. Ianya telah dikongsikan oleh Lia Natalia yang juga rakan kepada Syifa Melvin 

Lia Natalia memuatnaik video yang mana Syifa mengatakan sebenarnya dia dah menangis sejak dari rumah lagi. Ini yang dikatakan oleh Syifa:  “Ok, dah menangis dah sejak tadi. Dah lepas dah kat rumah“.

Kemudian ia turut memberi sokongan kepada rakannya itu dan berharao Syifa akan sentiasa kuat: “Aku tahu kawan aku ni seorang yang kuat” 

Video berkenaan kemudiannya telah diupload semula oleh Syifa Melvin di laman media sosial miliknya.

Sementara itu, Lia Natalia turut mengambil video ketika detika-detik Safawi Rasid masuk check in untuk menaiki penerbangannya. Ini tulisnya: “Semoga maju jaya buat permata negara Safawi Rasid”.

Pernah sebelum ini Syifa Melvin dilihat seakan ada perbalahan dengan TMJ, Tunku Ismail yang mana pemilik JDT itu seperti memerlinya.

Sehingga kini Safawi memang jarang sekali muatnaik kisah peribadi terutama berkenaan siapakah kekasih hatinya kepada umum.

Menjenguk di laman mendia milik Safawi, pemain ini telah muatnaik momen terakhir bersama TMj dan pemain JDT. Safawi mengucapkan jutaan terima kasih kepada TMJ kerana sokongan yang tak berbelas bagi. Safawi juga dilihat mengalirkan air mata ketiak bertemu dengan TMJ sebelum ini. 

Untuk pengetahuan, Safawi berpindah ke Portimonense adalah secara loan untuk satu season bermain di liga berkenaan dan akan bertemu pasukan kuat seperti Benfica, Porto dan Sporting, pasukan lama Ronaldo.

Budiey Channel ingin mengucapkan tahniah kepada Safawi di atas penghijrahan ke bumi eropah dan semoga Safawi berjaya mengharumkan nama negara di sana. Jangan nakal-nakal!

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ayda Jebat Saran Kerajaan Laksanakan PKP Semula, Tapi Ini Kata Netizen

Gambar Hiasan

Ramai Lega Macau Scam Tumpas! 750 Akaun Dibeku SPRM, Rumah & Kereta Mewah Disita