in ,

Ramai Lega Macau Scam Tumpas! 750 Akaun Dibeku SPRM, Rumah & Kereta Mewah Disita

Isu sindiket wang terbesar di Malaysia iaitu ‘Macau Scammer’ ini, akhirnya tumpas jua di tangan pihak berkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Gambar Hiasan

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai penahanan ‘geng’ sindiket Macau Scam yang telah lama bermaharajalela di negara ini. ‘Bos besar’ berstatus VIP telah ditahan membabitkan lapan orang kesemuanya yang kini dalam siasatan pihak berkuasa.

Hampir RM80 Juta Hasil Scam

Menurut laporan Harian Metro, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan sejumlah 750 akaun membabitkan RM75 juta milik sindiket berkenaan.

Scammer

Amboi! Bukan main melibatkan jutaan wang ringgit rakyat Malaysia yang kena scam ni, bukan sikit-sikit ‘geng’ buat kerja macam ni. Yang pasti, difahamkan ‘target’ mereka tentulah duit simpanan warga emas yang selalu menjadi mangsa.

Menurut sumber, rumah dan kereta mewah milik lapan individu yang ditahan sebelum ini turut disita bagi membantu siasatan.

“Sebanyak 24 kereta mewah di mana lima milik lelaki bergelar Datuk yang dipercayai dalang sindiket ini turut disita SPRM,”

– SUMBER

Berdasarkan perkongsian dari laman facebook Borneo, mereka bermula dengan membuka kelab malam di Jalan P Ramlee dan Safe House di alamat 107, Jalan U-Thant, Kuala Lumpur.

Macau Scammer terbesar di Malaysia ditangkap SPRM. Kalau nak tahu apa itu macau scam, orang yang call korang cakap korang ada saman la, korang terbabit dgn dadah dan macam2 lagi la. Diorg suruh korang masuk duit dalam bank yang diberikan. Kebanyakan yang kena tipu warga tua. Diorg ni buat kerja ramai. Tapi ni la Bos besar macau scam di malaysia.

Ayahanda Macau Scam paling beso di Malaysia bukannya orang Macau ataupun orang Cina seperti yang kita sangka. Sudah lama gerakan mereka ini diintip oleh SPRM dan PDRM.

Dikatakan Safe House yang terletak di Jalan U-Thant ini, merupakan markas pusat operasi kaki-kaki scammer dalam sindiket ‘Macau Scam’ Malaysia.

Kalau nak tahu apa itu Macau Scam, orang yang call korang cakap korang ada saman la, korang terbabit dgn dadah dan macam2 lagi la. Depa akan suruh korang masukkan duit dalam bank yang diberikan Acct No Palsu.  Kebanyakan yang kena tipu adalah Warga Tua dan orang yang berduit. Depa ni buat kerja ramai-ramai sampai berpuluh2 orang. 

Akhirnya tertangkap Ayahanda Terbeso Macau Scam di Malaysia. 

Macau Scammer dengan duit Billion Ringgit ini kemudiannya mencari perniagaan artis2 dan mereka invest pada perniagaan artis. So, apa yang korang syak artis yang tak pandai bisnis tiba2 ada Bisniss Jutaan Ringgit adalah benar belaka.

Samada mereka Partner in Crime mahupun mangsa hanyalah Mahkamah yang dapat menentukannya nanti. 

Depa berbelanja menggunakan duit cash. Sampai shopping di Pavilion pun bawak plastik hitam penuh dengan cash money. Begitu juga bila berparti di Kelab2 Malam sekitar KL bayar puluh ribu pun pakai cash money. 

Mesti korang tertanya-tanya macamana Geng2 Macau Scammer punya Modus Operandi? Kalau korang nak tahu, Port-port Scammer ini bertempat di Safe house Pusat Operasi Sarang Scammer yang masih beroperasi sampai hari ni.

Alamatnya di 107 Jalan Uthant Ampang. Cash in and out semuanya atas talian. Lengkap dengan CCTV dan independence servers. 

Yang pasti cara Modus Operandi mereka ialah dengan menyewa Talian VOIP untuk mengelak drpd di hidu pihak berkuasa. Sebab tu bila korang terima nombor2 kononnye drpd Mahkamah, Balai Polis, Kastam, korang akan terima 1 arahan drpd mesin operator utk disambungkan kepada talian handset so scammer tadi yang kononnya itu adalah pegawai yang menyiasat.

Hakikatnya mereka peminum Arak Tegar yg tiap2 malam meneguk arak dan berpesta dengan duit korang di Kelab2 Malam.

*Sumber: Facebook Borneo
Ramai Lega Macau Scam Tumpas! 750 Akaun Dibeku Sprm, Rumah &Amp; Kereta Mewah Disita

Cara modus operandi ‘Macau Scam’ ini adalah dengan menyewa talian VOIP atau Voice Over Internet Protocol, yang merupakan servis perkhidmatan telefon menerusi internet dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

Scammer akan menelefon mangsa dengan menyamar sebagai pegawai kastam, pihak polis, dan panggilan dari mahkamah bagi menipu wang mangsa.

Apabila mangsa menjawab panggilan telefon, si mangsa akan mendapat satu arahan dari mesin operator yang kemudiannya disambungkan kepada talian telefon scammer.

Dari situ scammer akan berdialog dengan si mangsa untuk mengeluarkan sejumlah wang ke akaun yang diberikan oleh scammer.

Syukur Dah Kena Tangkap

Dengan penangkapan bos besar sindiket ‘Macau Scam’, netizen berharap kes sindiket penipuan wang ini diadili dengan telus kerana telah ramai orang menjadi mangsa sindiket scam ini.

Dan yang pastinya ianya bukan ‘hasil tangan’ mereka berdua sahaja kerana menurut yang dilaporkan oleh Berita Harian, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan lima individu termasuk ahli perniagaan yang berpangkat terlibat dalam kes sindiket ini.

Ramai Lega Macau Scam Tumpas! 750 Akaun Dibeku Sprm, Rumah &Amp; Kereta Mewah Disita

Rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan lega kerana sindiket jenayah terbesar negara itu telah berjaya ditumpaskan. Masing-masing berpuas hati dan berharap agar penjenayah berkenaan mendapat balasan setimpal.

Ramai Lega Macau Scam Tumpas! 750 Akaun Dibeku Sprm, Rumah &Amp; Kereta Mewah Disita

Ambil iktibar

Penat-penat orang kumpul duit, mereka ‘tapau’ macam tu je! Harap pihak yang menganiaya orang ramai mendapat balasan setimpal dengan apa yang mereka lakukan.

*Sumber: BorakDaily

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syifa Melvin | 23

“Jangan Risau I Akan Jaga Family You,” – Syifa Melvin

Tim Cook | 24

Apple Umum Tarikh Pelancaran iPhone 12 pada 14 Oktober dengan Slogan ‘Hi, Speed’