in ,

Jangan Panik! Abby Abadi Belum Meninggal Dunia

PERKONGSIAN di laman Instagram Abby Abadi yang mengumumkan dirinya sudah meninggal dunia ternyata mengejutkan para peminatnya.

abby abadi

Tapi, jangan panik!

Sebenarnya, Abby memuat naik status seperti itu sekadar peringatan tentang kematian kepada pengikut-pengikut laman sosialnya.

“Bayangkan status di atas ditulis oleh waris kita. Sudah bersediakah kita bertemu dgn sakaratul maut? Apa amalan yang telah kita usahakan selama hidup ini? Sudah cukup dan 100% puas hati?

“Sementara bernafas ni. Jom sama-sama kita pastikan apa sahaja laman sosial yang kita ada, Instagram, Facebook, Twitter dan lain-lain terhindar dosa fitnah dan maksiat,” tulisnya.

Entri bekas anggota kumpulan Elite ini ternyata berjaya menarik perhatian warga Internet, dan tak kurang juga yang menarik nafas lega kerana artis kesayangan mereka itu masih hidup dan sihat walafiat!

abby abadi

Perkongsian bekas pelakon Gerak Khas itu ternyata mengejutkan pengguna laman sosial dan mendapat lebih 160 komen dan 6,000 likes.

Rata-rata menyatakan rasa terkejut dan bersyukur perkara tersebut tidak benar, sebaliknya sekadar peringatan bersama.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Pledges Relief Support For Malaysia’s East Coast States

Satu Lagi Video Mas Idayu Bersilat di DAA3 Dikritik Netizen