in , ,

Jam Tangan Ikonik Ice-Watch, ICE Generation Kini Kembali 

Jam tangan pertama Ice-Watch kini kembali dengan warna terbaharu, namuh masih mengekalkan reka bentuk asal jam yang ditawarkan pada tahun 2007 yang lalu.

Jika kita imbas kembali pengenalan Ice-Watch yang pertama, jam tangan tersebut telah mendapat sambutan yang hangat di peringkat antarabangsa. Dari utara ke selatan dan dari timur ke barat, anda boleh melihatnya mengembara ke seluruh dunia mengikut jejak fesyen.

Berbeza dengan generasi dahulu, Ice-Watch 2021 dilihat tampil dengan palet yang lebih variasi. Sekiranya anda meminati warna yang berani, terdapat pelbagai pilihan yang menarik perhatian anda seperti Flashy Blue, Flashy Green, Flashy Yellow, dan banyak lagi.

Jam Tangan Ikonik Ice-Watch, Ice Generation Kini Kembali

Sementara untuk anda yang mungkin menginginkan gaya yang lebih feminin, Ice-Watch turut menawarkan pilihan warna pastel yang dipadankan dengan tali jam yang lebih kecil. Menerusi penawaran ini, anda tidak perlu risau akan rasa tidak sesuai atau sukar untuk menggayakannya dengan imej yang ingin anda tampilkan.

Bukan itu sahaja, apa yang menarik mengenai Ice-Watch lagi, ia turut menawarkan BeCubic iaitu kotak yang diletakkan jam di dalamnya. Menurut Ice-Watch, ia merupakan kotak pelbagai guna diperbuat daripada plastik kitar semula. Ia dihasilkan menggunakn sisa proses pembuatan industri plastik.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Ice-Watch, ia ditawarkan pada harga RM459 seutas. Anda boleh kunjungi ke kedai fizikal Ice-Watch atau layari laman rasmi mereka untuk pesanan secara atas talian www.ice-watch.com.my 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Remy Ishak | 16

Astro Umum Kerjasama Jangka Masa Panjang, Dah ‘Lock’ Novel Siti Rosmizah

Elfira Loy Copy | 17

Elfira Loy Dikritik Melompat Dalam Keadaan Hamil Dengan Kasut Tinggi