in , , ,

“Jagalah Perhiasan Dunia Yang Allah Bagi,” Ustaz Don Daniyal Titip Doa Buat PU Riz & Neelofa

Nampaknya, cerita berkenaan perkahwinan selebriti dan usahawan popular Noor Neelofa bersama dengan pendakwah PU Riz semakin menjadi topik utama di media sosial.

Sudah menjadi lumrah kehidupan, selagi belum ada sebarang kenyataan rasmi, selagi itulah netizen akan terus berteka teki dan mencari hint yang boleh dikaitkan dengan perkahwinan yang bakal berlangsung beberapa hari lagi ini.

Terbaharu, penceramah Ustaz Don Daniyal Biyajid menjadi sorotan selepas beliau memuat naik satu foto menerusi laman Instagram miliknya dengan kapsyen yang mendoakan Neelofa sambil disertakan dengan gambar ketika selesai sebuah program TV bersama.

“Jagalah Perhiasan Dunia Yang Allah Bagi,” Ustaz Don Daniyal Titip Doa Buat PU Riz & Neelofa

Paling mencuri tumpuan sudah tentu ucapan dan doanya kepada Neelofa yang akan disatukan tidak lama lagi dengan PU Riz.

“Untuk Neelofa, saya doakan untuk hari mendatang, agar disatukan dalam keberkatan, dihimpunkan dengan orang baik, diberi pilihan itu pilihan yang baik, semoga Neelofa menjadi isteri solehah, dan kepada PU Riz jaga perhiasan dunia yg baik yg Allah bagi ini,”

Ustaz Don

Setakat hari ini, Neelofa dan PU Riz masih lagi mengunci mulut mengenai perkahwinan mereka yang didakwa akan berlangsung pada hari Jumaat ataupun Sabtu di sebuah hotel terkemuka Kuala Lumpur secara tertutup.

Apa-apa pun semoga urusan mereka semua dipermudahkan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Datang Atas Urusan Perniagaan, Ada Masa Aku Luangkan Bersama Isteri”

Syamel & Ernie Zakri Umum Tarikh Nikah, Bakal Nikah Pagi 26 Mac 2021