in , ,

Syamel & Ernie Zakri Umum Tarikh Nikah, Bakal Nikah Pagi 26 Mac 2021

Pasangan duet popular, Syamel, 27, dan Ernie, 28, mengambil keberkatan Jumaat, esok sebagai tarikh bersejarah disatukan sebagai pasangan suami isteri. Majlis akad nikah yang bakal berlangsung di sebuah masjid diadakan secara tertutup, jam 10 pagi dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.

Sebentar tadi, penyanyi Ernie Zakri memuat naik video teaser seakan memaparkan ‘pre-wedding’ sekaligus memberi bayangan majlis pernikahannya bersama Syamel akan berlangsung dalam masa terdekat.

Lebih menjadi tanda-tanya, video tersebut turut memaparkan tarikh ’26 Mac 2021′ sekaligus menguatkan lagi dakwaan sebelum ini pasangan itu berkemungkinan disatukan pada tarikh tersebut.

Menerusi ruangan kapsyen perkognsian, turut meletakkan tanda pagar #GoodbyeHelloBMKN (BM: BangMel, KN: KakNinie). Difahamkan, video penuh akan disiarkan menerusi saluran YouTube mereka jam 9.30 malam ini.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen yang teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan majlis pernikahan mereka serta mendoakan segala urusan dipermudahkan.

Dalam temubual bersama wartawan Berita Harian, Bobo Fahad, Syamel memberitahu

“Kami pilih Jumaat untuk mengambil keberkatan. Secara kebetulan, hanya tarikh ini sahaja kami tidak sibuk. Sebelum ini, jadual saya dan Ernie sangat padat.

“Jika berjumpa pun sebelum ini, semuanya disebabkan kerja. Sehubungan itu, kami sepakat tidak mengambil sebarang tawaran demi majlis pernikahan kami.

“Untuk majlis akad nikah, ia akan dilakukan secara tertutup dan hanya keluarga terdekat sahaja diundang memandangkan kami perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,”

Penyanyi lagu Hidup Dalam Mati itu berkata, dia akan menyerahkan lima dulang hantaran kepada bakal isterinya pada majlis pernikahan itu.

“Saya akan beri Ernie lima dulang hantaran berbalas tujuh. Untuk upacara membatalkan air sembahyang, saya hadiahkan seutas gelang tangan, manakala wang hantaran pula kami sepakat untuk merahsiakannya,” ujar penyanyi berusia 27 tahun ini.

Bagi meraikan rakan artis dan media yang banyak menyokong kerjaya seni selama ini, pemenang trofi Artis Baharu Terbaik Anugerah Industri Muzik Ke-22 itu berkata, satu majlis resepsi bertemakan Black Tie akan diadakan pada 3 April depan.

Pada Ogos tahun lalu, pasangan yang pernah dinobatkan sebagai Artis Kolaborasi/Duo/Kumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular (ABPBH) Ke-31 itu mengikat tali pertunangan selepas berkenalan ketika menyertai program realiti, Duo Star empat tahun lalu.

Terdahulu, Ernie berkata dia merancang untuk melangsungkan pernikahan sebaik sahaja AJL35 berakhir.  

Pasangan itu berkemungkinan akan disatukan pada hujung bulan ini serta mengambil keberkatan hari Jumaat yang jatuh pada 26 Mac 2021.

What do you think?

74 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

“Jagalah Perhiasan Dunia Yang Allah Bagi,” Ustaz Don Daniyal Titip Doa Buat PU Riz & Neelofa

Foto Memangku Kekasih Atas Riba, Janna Nick Dikecam Lagi