in ,

“Datang Atas Urusan Perniagaan, Ada Masa Aku Luangkan Bersama Isteri”

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai pasangan pengantin baru iaitu Risteena dan Isa Khan yang didakwa merentas negeri untuk berbulan madu di Sabah.

Tampil menafikan perkara itu, Risteena menjelaskan mereka ke sana atas urusan perniagaan dan mempunyai surat kebenaran untuk merentas negeri.

Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian, Isa kesal dengan artikel dikeluarkan sebuah portal hiburan serta menggesa artikel itu dipadam kerana tidak mahu menimbulkan salah faham.

RISTEENA

Tegasnya lagi, dia dan Risteena ke sana atas urusan kerja malah turut mempunyai dokumen lengkap daripada pihak berkuasa.

“Aku datang sini memang atas urusan perniagaan. Semua dokumen lengkap perniagaan pun dah disertakan kepada pihak bertugas.

“Ada masa, aku luangkanlah bersama isteri. Mungkin posting ada menimbulkan salah faham, itu sahaja,” katanya.

Terdahulu, menerusi satu perkongsian di Instagram, Risteena berkata dia tidak perlu berkongsi urusan kerja di media sosial untuk memuaskan hati semua pihak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama RTM Terbaik Khas Rai Hari RTM Ke-75

“Jagalah Perhiasan Dunia Yang Allah Bagi,” Ustaz Don Daniyal Titip Doa Buat PU Riz & Neelofa