in ,

Syazia Collection Hulur Bantuan Ringankan Beban 100 Orang Asnaf

Dalam rezeki saya, ada rezeki orang lain…

Syazia Collection Sdn Bhd adalah milik penuh usahawanita muda berjaya yang sangat berhati mulia, Dato Suhaila Haji Semaru; Anak Kelahiran Selangor. Ini semua adalah berkat usaha serta didikan kedua orang tuanya yang menjadikan beliau suka memberi dan terus memberi serta berbakti kepada yang memerlukan.

Syazia Collection Hulur Bantuan Ringankan Beban 100 Orang Asnaf Yang Memerlukan

Pada 5 Jun lalu, Budiey berkesempatan untuk menghadiri acara majlis pemberian bantuan buat seramai 100 orang asnaf di sekitar Gombak dan Wangsa Maju yang mana mereka telah menerima bantuan wang tunai sebanyak 500 Ringgit daripada Syazia Collection Sdn Bhd.

Syazia Collection Hulur Bantuan Ringankan Beban 100 Orang Asnaf Yang Memerlukan

Mereka turut menerima satu ekor ayam, satu kilogram daging dan lima kilogram beras.

Sumbangan disampaikan Pegawai Khas Pengarah Urusan Syazia Collection Sdn Bhd, Dato Suhaila Semaru, Julianah Ishak di Dewan Persatuan Kebajikan Gombak Setia.

Menurut Julianah, program tanggungjawab sosial korporat ini dilaksanakan bagi membantu meringankan beban golongan asnaf.

Turut hadir, Presiden Pertubuhan Memperkasa Wanita Malaysia, Datuk Noor Aieni Mohd Ali.

Syazia Collection Hulur Bantuan Ringankan Beban 100 Orang Asnaf Yang Memerlukan

Walaupun baru setahun jagung, tetapi Syazia Collection telah berjaya menembusi Pasaran Antarabangsa di Kota Paris pada awal tahun 2024.

Syazia Collection Sdn Bhd.

SYAZIA Collection Sdn Bhd yang beroperasi di No 22-1 Jalan Nova N/U5K, Subang Bestari, Shah Alam.

“Alhamdulillah, pada hari ini 5/6/2024 Syazia dapat berkongsi rezeki kepada sekitar 100 orang asnaf di sekitar Gombak dan Wangsa Maju. Setiap keluarga akan diberikan tunai RM500 serta barangan dapur seperti beras 5kg, seekor ayam dan 1kg daging.

Acara ini bukanlah kali pertama Syazia mengadakan program CSR (Corporate Social Responsibility). Selagi Syazia Collection diterima pelbagai pihak dan Alhamdulillah rezeki sentiasa tidak putus, Insya-Allah program seperti ini akan kerap dijalankan di seluruh Malaysia,”

– Julianah

Terima kasih juga buat Datuk Hjh Noor Aieni Mohd Ali Presiden Women Power kerana memberi keizinan menggunakan dewan yang terletak di Gombak Setia ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jaclyn Victor First Solo Concert Ubati Rindu Peminat Pada 12 Oktober Ini

Tahniah! TV AlHijrah Rangkul Dua Pengiktirafan Atas Pencapaian Digital