in , ,

Konsert Mini Asia Traditional Orchestra di Istana Budaya Satukan Budaya Malaysia & Korea

Penganjuran Asia Traditional Orchestra Showcase Dapat Memupuk Kerjasama Dalam Bidang Kebudayaan, Seni Dan Warisan Antara Malaysia Dengan Republik Korea.

Satu konsert mini, Asia Traditional Orchestra (ATO) telah diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 8 Disember lalu ATO merupakan satu program kerjasama kebudayaan bidang muzik antara negara ASEAN dengan Republik Korea.

Acara tahunan di negara anggota ASEAN dan Republik Korea tidak dapat dilaksanakan sejak dua tahun kebelakangan ini disebabkan pandemik Covid-19. 

Konsert Mini Asia Traditional Orchestra di Istana Budaya Satukan Budaya Malaysia & Korea

Konsert mini pada tahun ini telah dipersembahkan oleh Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) dan dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr. Santhara J.P., Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia bersama Duta Besar Republik Korea di Malaysia, TYT Lee Chi Beom. 

Antara pengisian konsert tersebut adalah lagu Pencak Bersulam yang digubah oleh Encik Mohd Yazid Zakaria, Konduktor OTM, khusus bagi konsert ATO. Turut dimainkan lagu- lagu tradisional negara-negara ASEAN lain. 

Konsert Mini Asia Traditional Orchestra di Istana Budaya Satukan Budaya Malaysia & Korea

Konsert mini ATO ini juga merupakan kesinambungan pemeteraian Memorandum Persefahaman (Memorandum of Understanding MoU ) dalam bidang kebudayaan, seni dan warisan di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Korea pada 23 Disember 2020 yang lalu. 

Konsert Mini Asia Traditional Orchestra di Istana Budaya Satukan Budaya Malaysia & Korea

Perjanjian tersebut menjadi platform terbaik bagi kedua-dua buah negara dalam meningkatkan lagi kolaborasi dalam bidang kebudayaan selain berupaya memberi nilai tambah kepada pembangunan produk dan perkhidmatan bidang seni, budaya dan warisan negara melalui perkongsian ilmu dan kepakaran. 

Konsert Mini Asia Traditional Orchestra di Istana Budaya Satukan Budaya Malaysia & Korea
Konsert Mini Asia Traditional Orchestra di Istana Budaya Satukan Budaya Malaysia & Korea
Konsert Mini Asia Traditional Orchestra di Istana Budaya Satukan Budaya Malaysia & Korea

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GILA-GILA CINTA

Sinopsis Drama Romantik Komedi GILA-GILA CINTA Ditayangkan di TV3

Izzul Amin

Izzul Amin Berhubung Dengan Amir Jahari Gara-Gara BANGKIT