in ,

Izzue Islam Berang Awin Dituduh Amal Ilmu Hitam

Izzue Islam mengakui berang dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang menuduh isterinya iaitu Awin Nurin mengamalkan ilmu hitam.

Menurut laporan yang dipetik dari BH Online, Izzue menggesa individu yang didakwa memfitnah isterinya segera menghentikan buli siber di laman sosial.

Izzue-Islam

Bagaimanapun katanya, isterinya banyak membantu menenangkan dirinya daripada cepat melatah dengan tohmahan negatif tersebut.

“Ini bukan kali pertama tomahan dilemparkan terhadap kami. Kali ini, ia meninggalkan impak berbeza kerana memfitnah dan menuduh isteri menggunakan bomoh terhadap saya.

“Saya terkilan kerana individu yang membuat tuduhan seperti tidak ada agama dan tidak beri bukti.

“Hentikanlah buli siber kerana ia memberi impak negatif kepada banyak pihak. Jika kurang pasti, jangan mulakan sesuatu yang tidak pasti kesahihannya. Mentaliti begini harus dihentikan,” katanya dipetik BH Online.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 27 tahun turut menggesa individu terbabit tampil dengan bukti, bukan berselindung di sebalik akaun palsu.

“Jika benar Awin mengamalkan ilmu hitam seperti yang didakwa, buktikan dan tunjuk bomoh yang digunakan. Perkara ini bukan membabitkan akaun palsu, sebaliknya beberapa individu,” ujarnya.

Sementara itu, Izzue juga berkata dia mengakui kecewa dengan sikap netizen yang suka mempersoal mengenai zuriat.

“Pasangan berkahwin mana yang tidak mahu cahaya mata? Jangan tuduh sesuka hati saja,” katanya.

Izzue dan Awin berkahwin pada 2 Jun 2013 selepas lima tahun berkawan.

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

One World Hotel Scoops Two Prestigious Awards At The Asia Pacific Hotel Awards 2018-2019

Khai Bahar | 14

Khai Bahar Teruja Dapat Duet Dengan Siti Nurhaliza