in , ,

Khai Bahar Teruja Dapat Duet Dengan Siti Nurhaliza

KEBANYAKAN penyanyi baharu pasti menyimpan hasrat untuk berduet bersama dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Tetapi siapa sangka, peluang keemasan itu telah diberikan kepada penyanyi Khai Bahar.

Menurut laporan yang dipetik dari BH Online, Khai bakal berduet bersama dnegan Siti menerusi lagu Cinta Syurga dan aura yang dimiliki oleh penyanyi kesayangan ramai itu telah dirasai Khai sendiri sejak pertama kali mereka bertemu.

Khai Bahar Siti Nurhaliza

Lagu tersebut merupakan versi baharu single Comel Pipi Merah yang akan dinyanyikan dalam bentuk zikir dan ia telah membuatkan Khai mendapat jawapan yang tersendiri mengapa Siti sangat disayangi oleh peminat.

“Tahun lalu, saya terserempak dengan Siti ketika kami mengikuti raptai Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0. Ketika itu, saya hanya menegur ‘hai’ kepada beliau.

“Kali ini, suasananya berbeza kerana saya dapat berjumpa dan bekerja dengannya. Terserlah sikap dirinya yang cukup baik,” katanya ketika ditemui oleh pihak BH Online.

Khai Bahar Siti Nurhaliza

Malah, selepas berakhirnya sesi rakaman, penyanyi lagu Bayang itu berasa sangat berat hati untuk meninggalkan studio.

Dalam masa yang sama, Khai menyifatkan Siti mempunyai satu auranya yang tersendiri ditambah denga raut wajahnya yang cantik manis dan merendah diri.

“Sudahlah cantik dan manis, merendah diri pula… Semuanya tampak sempurna.

“Ini membuatkan saya terfikir tidak salah atau rugi untuk sesiapapun meminati Siti,” ujarnya lagi.

Sepanjang bergelar penyanyi, Khai langsung tidak pernah terfikir untuk diberi peluang berduet bersama penyanyi kesayangan ramai itu.

“Saya rasa macam mimpi pun ada. Tak sangka dan langsung tak percaya kerjasama ini terjalin. Saya mengucapkan terima kasih kepada Siti dan pengurusnya, Kak Rozi atas peluang diberi,” tambahnya.

Duet bersama Siti merupakan satu impian yang sudah lama diimpikannya malah ketika dihubungi oleh pihak pengurusan tentang tawaran itu, Khai berasa sangat teruja sehingga tidak mampu berkata apa-apa.

Khai Bahar Siti Nurhaliza

Bagaimanapun, projek itu merupakan satu rahsia yang perlu disimpan tetapi selepas diumumkan sendiri oleh Siti, penyanyi lagu Luluh itu bertambah semangat untuk berkongsi pengalaman itu bersama peminat.

Lagu Cinta Syurga bakal dipromosikan menjelang Ramadan ini yang turut mendapat kerjasama bersama anggota kumpulan UNIC iaitu Bazli.

Khai Bahar Siti Nurhaliza

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Izzue Islam Berang Awin Dituduh Amal Ilmu Hitam

Keputusan Cerai Ziana Zain, Armin 28 Jun Depan