in

IZ Sulaini Opening Act Konsert Wonder Girls

Nama IZ kini makin dikenali. Dulu ada yang tak kenal IZ, sekarang rasanya ramai yang dah kenal. Wajah IZ dan berita pasal dirinya sering dipaparkan di dada-dada akhbar dan majalah.

IZ oiam

Siapa Pulak Yang Dengki Dengan IZ?
Baru-baru ini, Budiey ada baca di dalam Pancaindera baru-baru ini tentang pelantun lagu Jauh ini. Siapa yang khianati IZ? Dah jadi lumrah dunia hiburan. Budiey nasihatkan supaya IZ banyak bersabar kerana dalam setiap usaha untuk mencapai kejayaan pasti ada halangan. Biasalah, bukan semua orang boleh tengok orang lain senang kan?

iz

IZ Ke Jepun
Menurut IZ, semalam (Selasa 7 Disember lalu) IZ baru pulang dari Tokyo setelah berada di sana selama 4 hari bagi menghadiri satu mesyuarat penting dengan satu nama besar (dirahsiakan) di dalam bidang rekaan fesyen dari Amerika Syarikat yang amat terkenal lebih-lebih lagi di kalangan artis Korea & Jepun. Di sana, IZ juga ada meluangkan masa berjumpa dengan Hannah Tan, seorang lagi artis wanita dari Malaysia yang mempunyai kontrak rakaman bernilai 6 juta ringgit dengan Fillmore Far East Inc dari Jepun. Mungkin IZ nak ikut jejak langkah Hannah Tan? Tapi kena la belajar bahasa Jepun dulu macam Hannah Tan yang seksi tu.

Opening Act untuk Konsert Wonder Girls
Budiey dapat tahu yang IZ juga telah diberi peluang keemasan oleh pihak pengurusan Wonder Girls dari Korea untuk membuat persembahan pembukaan bagi kumpulan tersebut yang popular dengan lagu ‘Nobody’ pada Sabtu ini, 11 Disember di Arena of Stars Genting. Rasanya di Malaysia ini memang ramai peminat K-Pop yang bakal memenuhi Stadium Arena of Stars nanti. IZ bakal mempersembahkan, antaranya single baru bertajuk ‘JAUH’ dari album penuh pertama beliau yang akan dilancarkan tahun depan. IZ ada beritahu Budiey yang beliau bakal menyarungkan pakaian oleh Jeremy Scott Adidas Originals manakala pereka terkenal tempatan Syaiful Baharim pula bertanggungjawab memperindahkan lagi rekaan eksklusif Jeremy Scott itu dengan sentuhan kreatifnya.

IZ oiam

Lagu ‘JAUH’ oleh IZ ini juga telah dipersembahkan seminggu yang lepas di persembahan pembukaan Parti Majalah EH! 20 Yang Anggun. IZ dilihat memakai sut merah rekaan Ezuwan Ismail dan dipadankan pula dengan kaca mata hitam koleksi ‘Caesar’ Jeremy Scott dan kasut sneakers merah Adidas. Ramai yang perasan IZ adalah seorang artis lelaki baru yang amat mementingkan penampilan diri, jadi tidak hairanlah kalau kelibat IZ pasti akan ditegur baik peminat mahupun pengkritik yang tak henti-henti mencemuh, apa yang pasti, kehadirannya dimana-mana tidak pernah tenggelam.

Youtube Video Parti Majalah EH! 20 Yang Anggun

IZ oiam

2010 kian hampir ke penamat. Harapan semoga 2011 akan hadir dengan sejuta peluang yang terbuka untuk IZ. Tahun 2010 juga telah membawa banyak kenangan manis bagi anak sulung kelahiran Kuala Lumpur ini. Antaranya:

  1. Berpeluang membuat persembahan di Bangalore, Chennai & Goa setelah lagunya ‘Gonna Be Alright Club Mix’ terpilih menjadi runut bunyi filem terbitan MetroBrava India bertajuk The Successor: Private & Confidential
  2. Membuat persembahan pembukaan untuk Konsert Usher Live In Malaysia bersama Mizz Nina dan berpeluang berduet bersama pemenang Tony Award, Lea Salonga.
  3. Berjaya membawa pulang 3 Emas, 2 Perak & 1 Gangsa untuk Malaysia di pertandingan World Championship of Performing Arts yang diadakan di Los Angeles, Julai lepas.
  4. Telah membuat persembahan di London Fashion Week dan Spain.

Untuk kenali IZ lebih lanjut, Korang boleh lawat laman Facebook IZ di www.facebook.com/IZsulaini

Budiey harap IZ akan terus sukses dan terus berusaha. Good luck Budiey ucapkan untuk IZ bagi persembahan pembukaan Wonder Girls Sabtu ini. Jangan lupa ambik autograph Wonder Girls untuk Sensasi Selebriti.

20 Yang Anggun

Party 20 Yang Anggun

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Islamic Fashion Festival Beri Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Kedah

Senarai Pencalonan di Anugerah Grammy ke-53