in

IZ Sulaini Bakal Perform di DiGi Live K-Pop Concert 2011

Budiey sekarang tengah sibuk cari artis untuk perform di Party Ulangtahun Budiey.com ke-4. Kalau boleh nak cari artis solo sebab tempat dan ruang sangat terhad. Jadi, kepada grup atau duo yang minta nak perform tu, Budiey minta maaf banyak-banyak sebab tak dapat tunaikan permintaan. Mungkin satu hari nanti bila dah ada yang sudi sponsor tempat yang lebih besar, kita kasi diorang perform pulak.

Cakap pasal perform ni, Budiey dah pun jemput beberapa orang penyanyi solo. Ada yang dah bersetuju dan ada juga yang tak dapat datang sebab sibuk dengan kerja.

Maklumlah artis baru sekarang, masing-masing sekarang tengah nak naik. Seperti juga dengan penyanyi solo yang baru-baru ini buat Opening Act untuk Konsert Wonder Girls pada 11 Disember lalu di Genting Highlands. Asyik sibuk memanjang. Di bawah ini ada video behind the scenes IZ sebelum naik ke pentas. Ramai yang nak tahu macamana. Rupanya, menurut IZ, dia tak guna stylist sebaliknya semuanya dibuat sendiri. Jimat sikit kos. Kalau boleh buat sendiri, why not. Better buat sendiri je. Barulah artis indie!

IZ antara artis yang suka bangun pagi. Di mana IZ juga suka berkongsi cerita dengan Budiey tentang kerjaya seninya. Mungkin benda pertama yang IZ fikir masa bangun tu, camna nak lebih dikenali untuk tahun 2011 ini. Rasanya, kalau dah berusaha, pasti akan berjaya. Tak gitu Iz?

Dikhabarkan IZ juga akan ke US lagi pada bulan Februari 2011 untuk merakam beberapa buah lagu Inggeris untuk albumnya nanti. Patutlah IZ tak dapat kompem nak datang ke Party Budiey.com. Rupanya IZ sibuk hafal lagu barunya. Wah, rakam pun kat US. Apa kat Malaysia takde kepakaran ke? Hehe, gurau je.

Terbaru pasal IZ, pada 13 Januari nanti, dia akan perform kat DiGi Live K-Pop Concert 2011. So, Budiey nak ucap good luck! Sibuk macamana sekali pun, IZ patut datang ke party budiey.com sebab kali ini party budiey.com ada kelainan sikit di mana kita berparty sambil tengok wayang di Cathay Cineleisure!

Kepada pembaca, nantikan pengumuman tentang jemputan ke Party Ulangtahun Budiey.com ke-4 tak lama je lagi! Stay tuned okay?

Gambar IZ Sulaini yang dikirim sewaktu perform di Konsert Wonder Girls:

IZ Sulaini Wonder Girls

Bersama penari latar di belakang pentas. Mestilah neves masa ni kan?

IZ Sulaini Wonder Girls

Iz menggayakan pakaian lengkap dari Adidas. Macam nak gi jogging je ni.

IZ Sulaini Wonder Girls

Masa tengah perform lagu Jauh.

Video WONDER GIRLS Opening Act oleh IZ

WONDER GIRLS Behind-The-Scenes (IZ & Soul Krazy)

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Rusdi Ramly & Lisdawati dalam Drama Mualim

Kursus Solekan & Kecantikan PERCUMA di Akademi RedGlow