in , ,

Foto Janna Nick Baring Atas Katil Berpelukan Dengan Lelaki Dikecam

Baru-baru ini, Janna ada memuat naik foto di laman Instagramnya serta memaklumkan muzik video lagu terbarunya dilancarkan di YouTube.

Baru-baru ini, hangat diperkatakan apabila pelakon dan penyanyi Janna Nick mendedahkan dalam satu video statusnya kini single sekaligus mencetuskan tanda tanya netizen mengenai hubungannya dengan Dini Schatzmann.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat ianya hanya gimik sahaja. Baru-baru ini, Janna ada memuat naik foto di laman Instagramnya serta memaklumkan muzik video lagu terbarunya dilancarkan di YouTube.

Foto Janna Nick Baring Atas Katil Berpelukan Dengan Lelaki Dikecam

Namun, apa yang menjadi bualan adalah foto yang dikongsikan Janna menjadi bualan memaparkan selebriti itu berbaring bersama lelaki di atas katil serta satu lagi gambar berpelukan dengan lelaki.

Selepas memuat naik pelbagai kata-kata dan luahan menggambarkan dirinya seolah-olah sudah putus cinta, pelakon Janna Nick akhirnya berkongsi mengenai lagu terbaharu nyanyiannya.

Janna memberitahu lagu berjudul Mentari Setia itu diilhamkan daripada hati yang pernah terluka dan lagu terbaharunya itu boleh didengari menerusi saluran YouTube miliknya.

Seperti sudah dijangka, gambar dikongsi Janna itu dikecam oleh netizen menegur tindakannya itu seolah tidak tahu batas halal haram apatah lagi bukan suami isteri.

Atas tindakannya, rata-rata netizen mendakwa kisah perpisahan Janna bersama dengan kekasih hatinya iaitu Dini Schatzmann hanya sekadar gimik untuk mempromsikan lagu terbaharunya.

Malah, ada netizen mengatakan zaman sekarang ramai yang sanggup melakukan apa sahaja demi duit. Tidak kurang juga, ada yang bertanyakan sama ada ibunya tidak marahkah ambil gambar berpelukan seperti sedemikian.

Malah, netizen juga turut menegur tindakan Janna yang selesa di dalam dakapan seorang lelaki yang dipercayai bukan suaminya dan juga menjaga sensitiviti rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa sedih tengok artis sekarang yang menomalisasikan aksi berpelukan serta ada yang menasihati Janna supaya menjaga maruah diri.

Bagaimanapun, sehingga kini Janna dan Dini masih lagi enggan memberi komen mengenai hubungan mereka. Menambah spekulasi lagi apabila Janna membawa diri ke Eropah dipercayai untuk merawat hatinya yang luka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DJI Mini 3 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia dengan Harga RM3,999

Isu Berpelukan Dengan Fuad Rahman, Tom GV9 Akui Masih Jahil Agama