in , ,

Istana Budaya Lancar Senarai Persembahan & Program Untuk Tahun 2022

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) hari ini melancarkan Program Istana Budaya 2022 yang bertempat di Lambang Sari, bangunan panggung Istana Budaya.

Pelancaran program tersebut telah dilaksanakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.

Dalam ucapan yang disampaikan, beliau berkata bahawa usaha menghangatkan semula aktiviti seni persembahan pentas untuk tahun 2022 perlu dipergiatkan dan kewujudan ruang-ruang pementasan di Istana Budaya bukan sahaja dapat memberi peluang pekerjaan serta kepuasan berkarya kepada penggiat seni, namun turut menyumbang ke arah kelangsungan ekonomi industri terbabit.

Sebanyak 12 program yang telah dirancang dan disusun untuk mengisi Program Istana Budaya 2022 di mana 5 daripadanya merupakan program terbitan Istana Budaya iaitu “Konsert Lagu Rakyat”; ‘Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan Peter & The Wolf and The Carnival of the Animals”, tari “Sulur & Nakasari”, dramatari “Ratu Kuning Langkasuka” dan teater muzikal “Jula Juli Bintang Tujuh”.

Bagi program luar yang telah mendapat kelulusan untuk dipentaskan setakat ini adalah “Konsert U.K’s Reunion 25 Tahun”; “Konsert Seniman Negara Dato’ Seri Ahmad Nawab”, “5th Malaysia Golden Global Awards (MGGA)”, “Thunder – Kaleidoscope VI Drumming Festival 2022” serta tiga teater iaitu “Antara Tiga”, “Tanjong” dan “Teater Muzika Moyang Salleh”.

Dalam majlis pelancaran tersebut, YB Dato’ Seri Hajah Nancy turut mengumumkan insentif pengecualian cukai pendapatan sebanyak 50 peratus ke atas pendapatan berkanun yang diberikan kepada syarikat yang menganjurkan aktiviti kesenian dan kebudayaan yang telah diluluskan MOTAC dari tahun 2022 hingga 2025.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ZUL ARIFFIN

Viral! TV3 Nafi Adegan ‘Panas’ Zul Ariffin Dapat Kelulusan

Tak Perlu Bayar Di Kaunter, Kini Anda Boleh Guna TNG RFID Semasa Isi Minyak