in , ,

Viral! TV3 Nafi Adegan ‘Panas’ Zul Ariffin Dapat Kelulusan

TV3 telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar berkaitan video petikan drama yang tular itu dan menafikan ianya mendapat kelulusan dan dibuat tanpa sebarang pemberitahuan.

Pelakon Zul Ariffin telah memuat naik video beberapa ‘aksi’ panas dalam sebuah drama yang bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi. Video tersebut telah mencetuskan kontroversi dan mendapat pelbagai respon yang kurang baik daripada orang ramai.

Menurut Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) mereka memandang serius dan mengambil berat akan suara dan pandangan orang ramai mengenai video dalam petikan adegan daripada drama ‘Perempuan Itu’ yang tular di media sosial.

Media Prima Tv3

Adegan yang dipaparkan sememangnya tidak sesuai untuk disiarkan apatah lagi bagi tujuan promosi. 

Malahan adegan tersebut juga tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengisian drama-drama tempatan perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF). 

Viral! Tv3 Nafi Adegan ‘Panas’ Zul Ariffin Dapat Kelulusan

Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) ingin mengingatkan semua pihak yang meliputi produksi dan para pelakon supaya menjadi lebih peka kepada tindak-tanduk yang dilakukan serta menjaga sensitiviti agama dan masyarakat terutamanya dalam menjayakan mana-mana karya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Evie Feroza

Finalis Lagu Cinta Kita 2, Evie Feroza Lancar Single HAMPIR SEMPURNA

Zaiton Istana Budaya | 20

Istana Budaya Lancar Senarai Persembahan & Program Untuk Tahun 2022