in , ,

Tak Perlu Bayar Di Kaunter, Kini Anda Boleh Guna TNG RFID Semasa Isi Minyak

Sejak kebelakangan ini, pengguna lebuh raya mula beransur-ansur menggunakan sistem Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk membayar tol berikutan pelaksanaan kerajaan yang bakal menghentikan sistem Touch ‘n Go (TnG) dan SmartTAG secara berperingkat. Namun, ramai yang tak tahu sistem RFID juga boleh mengisi minyak.

Pada tahun lalu Shell menguji pembayaran minyak TNG RFID secara nirsentuh di lima stesen minyak terpilih. 

Kini sistem pembayaran sudah sedia digunakan kesemua pengguna TNG RFID di lima lokasi yang sama.

Pelanggan hanya perlu mengaktifkan ciri pembayaran di pam minyak di dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Pam yang menyokong sistem RFID akan mengesan kenderaan dan kemudian pengguna perlu memilih jumlah minyak yang ingin dibeli. Sekiranya jumlah minyak yang dipam adalah lebih rendah dari yang dibeli, baki akan dikreditkan semula ke akaun pengguna.

Lima stesen minyak Shell dimana sistem pembayaran TnG RFID ini boleh digunakan sekarang ialah seperti di bawah.

  • Shell Bandar Sri Menjalara
  • Shell Mint Hotel
  • Shell NKVE Damansara
  • Shell Taman Connaught
  • Shell Taman Tun Dr Ismail.

Baru-baru ini, telah tular di laman TikTok @iivanstephanos yang berkongsi pengalaman dan cara mengisi minyak menggunakan RFID di Shell Taman Connaught, Kuala Lumpur.

Dalam video itu, dia hanya perlu menunggu sensor (sama seperti di plaza tol) atas bumbung pam bertukar kepada lingkaran bulatan hijau yang menandakan nozel boleh diangkat untuk mengisi minyak. Memang mudah dan sangat cepat tanpa perlu pergi ke kaunter bayar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Istana Budaya Lancar Senarai Persembahan & Program Untuk Tahun 2022

Starbucks Announces Regional Partnership with Grab