in , ,

Hatta Dolmat Ajak Pelajar & Graduan Fesyen Untuk Sertai KL Young Designer Award 2021

Hatta Dolmat Mengumumkan Acara Sulung Kl Young Designer Award (Klyda) 2021 Bagi Mempertingkatkan Kemahiran, Daya Kreativiti Serta Bakat Pelajar Di Dalam Jurusan Fesyen Bagi Memperkasakan Kelestarian Industri Tekstil Dan Pakaian

Hasil kerjasama dua hala bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK); Hatta Dolmat dan KL Young Designers Association mengumumkan penganjuran acara KL Young Designer Award 2021, khusus kepada semua pelajar jurusan fesyen akhir tahun atau para graduan jurusan fesyen yang mempunyai pengalaman secara profesional kurang dari 1 tahun. 

Bertemakan ‘Exclusive Finest Sustainable Garment,’ pertandingan ini adalah platform yang bertepatan untuk bakat muda tampil bagi mengembangkan dan mempamerkan kreativiti rekaan fesyen, cerita, harapan serta pandangan mereka berdasarkan prospek alam sekitar. Penganjuran KLYDA juga bakal mencabar peserta untuk tampil kreatif dengan rekaan yang berasaskan bahan kitar semula.

Hatta Dolmat Buka Peluang Pelajar & Graduan Fesyen, Sertai KL Young Designer Award 2021

Pertandingan ini akan memberikan penekanan khusus kepada sepuluh finalis untuk mempersembahkan koleksi lestari mereka di KLYDA GALA FINALE pada bulan November, di mana pemenang utama berpeluang untuk mempersembahkan koleksi mereka di Hatta Dolmat Earthrise Exhibition (hasil kerjasama dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air). 

Selain berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai, hasil koleksi pemenang juga berpotensi untuk didedahkan ke peringkat yang lebih luas seperti festival pameran, kerjasama kolaborasi atau peluang untuk meraih dana. Sepuluh finalis juga akan menerima bimbingan perniagaan yang disediakan oleh MaGIC Malaysia dengan hasil kerjasama bersama KL Young Designers Association (KLYDA).

Untuk penyertaan, pemohon perlu menghantar gambar hasil rekaan terbaik mereka ke [email protected] dan akan dinilai oleh panel juri berdasarkan faktor kelestarian, kebolehpasaran serta keaslian. Panel juri KLYDA terdiri daripada Hatta Dolmat, Penyunting Media Fesyen, Pensyarah Fesyen dan Mentor MaGIC. 

Secara peribadi, KL Young Designer Award 2021 adalah salah satu usaha baru bagi industri fesyen tempatan untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar jurusan fesyen terhadap fabrik lestari yang menggunakan bahan kitar semula dan ini merupakan satu batu loncatan kepada industri untuk menjadi pelopor kepada fesyen lestari.”

– Hatta Dolmat

Semua 10 finalis akan menerima pakej pendidikan lestari berpandukan modul yang telah disediakan oleh pihak KLYDA, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan, Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

Pakej modul yang dirangka ini merangkumi pendedahan secara langsung terhadap fabrik kitar semula, bimbingan reka bentuk fesyen berterusan oleh Hatta Dolmat, faedah keahlian eksklusif dari KL Young Designer Association, bimbingan perniagaan secara berkala dan hasil koleksi mereka juga akan disahkan sebagai hasil rekaan mesra alam oleh Global Recycled Standard. 

Saya berharap agar dengan kerjasama dua hala bersama Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dalam penganjuran KLYDA2021 ini, sistem pendidikan hasil seni reka fesyen dan tekstil negara kita akan menjadi lebih terbuka dalam mendidik para pelajar untuk menjadi lebih bertanggung jawab bagi membawakan produk mesra alam serta memperkasakan kelestarian fesyen. Tidak terlalu lambat untuk kita semua memainkan peranan kita dan kita mampu menggerakkannya bersama.” Kata, Hatta Dolmat 

Sebarang informasi tambahan boleh dilayari di laman web www.hattadolmat.net/klydaward. Pendaftaran dibuka pada 16 Julai sehingga 6 Ogos, 2021. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Misi Azlan Typewriter Gagal! Pengusaha Kuih Raya Membawa Pulang RM3,000

Issey Fazlisham Sebak Tinggalkan Suria FM Selepas Tiga Tahun, Ada Merancang Sesuatu