in , ,

Kempen DRAMA BERGANDA-GANDA Astro Bertemakan Setiap Rumah Ada Kisah

Kempen Drama Terbaharu Astro Merentasi Vernakular; Melayu, Mandarin / Kantonis, Tamil dan Korea di Saluran Televisyen, On Demand & Astro GO

Astro terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi utama pilihan rakyat Malaysia dengan menyediakan sajian drama pelbagai genre yang lebih menarik, terkini dan segar merentasi vernakular, Bahasa Melayu, Mandarin / Kantonis, Tamil dan Korea menerusi kempen terbaharunya, ‘DRAMA BERGANDA-GANDA’.

Dengan mengangkat tema ‘Setiap Rumah Ada Kisah’, kempen ini bertujuan untuk membawa pelanggan menonton seleksi drama yang sesuai dengan setiap peringkat umur, pelbagai pilihan yang menepati citarasa individu dan isi rumah di platform kegemaran masing-masing, sama ada menerusi saluran linear (televisyen), platform On Demand mahupun di Astro GO. 

ASTRO

Drama-drama sajian Astro sebelum ini dilihat menjadi pilihan utama penonton di negara ini apabila statistik yang direkodkan memperlihatkan sambutan serta reaksi yang positif dari ramai. Justeru, Astro terus dengan usahanya untuk mengukuhkan kedudukannya dalam segmen terbitan drama dengan tampil dengan variasi drama pelbagai genre. 

Dari komedi ke aksi, seram, romantik, fantasi, fiksyen sains dan banyak lagi. Kualiti keseluruhan sesebuah produksi, naratif penceritaan dan olahan skrip yang mantap merupakan tunjang utama kepada setiap penghasilan drama yang disiarkan Astro. Menerusi kempen ‘DRAMA BERGANDA-GANDA’ ini, usaha ini akan dilipatkan gandakan agar Astro kekal menjadi pilihan nombor satu penonton. 

Berikut merupakan di antara sajian drama utama menghiasi skrin anda seisi keluarga. Strim dan tonton pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada: 

Drama bersiri penuh aksi yang mengisahkan tentang jenayah pengubahan wang haram dan jenayah penipuan atas talian. Menampilkan gandingan pelakon popular tanah air, Siti Saleha dan Kamal Adli serta Fasha Sandha. 

ASTRO

SCAMMER I Drama Melayu I On Demand di Ultra Box I Aplikasi Astro GO

Drama bersiri penuh aksi yang mengisahkan tentang jenayah pengubahan wang haram dan jenayah penipuan atas talian. Menampilkan gandingan pelakon popular tanah air, Siti Saleha dan Kamal Adli serta Fasha Sandha. 

LOVE ELSA I Drama Melayu I Astro Ria (CH104), Isnin – Khamis, 10 MLM I On Demand di Ultra Box I Aplikasi Astro GO

‘Love Elsa’, drama fantasi cinta yang diadaptasi dari novel ini menyaksikan gandingan pelakon yang kian meningkat naik, Uyaina Arshad dan hero Malaya, Zul Ariffin. Drama bersiri ini berkisarkan tentang percintaan, kekeluargaan dan pengkhianatan.

ASTRO

LOCKDOWN I Drama Melayu I Astro Ria (CH 104), Isnin – Khamis, 11 MLM (mulai 27 Julai) I On Demand di Ultra Box I Aplikasi Astro GO

‘Lockdown’, mengisahkan tentang kehidupan masyarakat tempatan semasa PKP diumumkan. Pelbagai kisah menarik dan menyayat hati yang berlaku kepada sesetengah keluarga dan bersama-sama mengharungi suka duka semasa PKP. Lakonan Nabila Huda, Zara Zya, Beto Kusyairy dan ramai lagi.

ASTRO

FINAL DESTINY I Drama Kantonis I On Demand di Ultra Box I Aplikasi Astro GO

The Roc, pembantu kepada Buddha dengan mudahnya telah memasuki alam fana untuk mencetuskan kekacauan. Buddha kemudiannya menghantar utusannya untuk membawa pulang pengacau tersebut dan mereka berjaya. Lima purnama kemudiannya, seorang lelaki yang cedera telah diselamatkan oleh seorang tukang jahit dan untuk membalas budi, beliau kemudiannya bekerja di kedai wanita tersebut. Sehinggalah beliau bertemu dengan seorang sami, Master Wai Yuen dalam mimpinya. Lakonan Edwin Siu, Roxanne Tong, Sammy Sum. 

MURDER DIARY I Drama Kantonis I Astro AOD (CH311), Isnin – Jumaat, 10:30 MLM | On Demand di Ultra Box I Aplikasi Astro GO

Yeung Pik-sum mempunyai penyakit skizofrenia, yang mana telah menyebabkan anak belua, King-fung mengalami masalah kecelaruan identity. Perwatakan ‘kedua’ King-fung iaitu Chu Kei, merupakan pakar jurutulis dan penyiasat jenayah yang secara tidak langsung telah membantu King-fung (seorang ejen penyiasat rahsia), membongkar jenayah yang dilakukan sebuah organisasi. Namun begitu, King-fung kemudiannya disyaki terlibat dalam kes pembunuhan. Barisan pelakon adalah seperti Kara Wai, Vincent Wong dan Philip Keung. 

ANCIENT LOVE POETRY I Drama Mandarin I Astro Shuang Xing (CH307), Setiap Malam, 7 PM I On Demand di Ultra Box I Aplikasi Astro GO

Dilakonkan oleh Zhou Dong Yu, Xu Kai, Zhang Jia Ni, drama ini merupakan adaptasi dari novel popular, yang menceritakan mengenai kisah Shang Gu, salah seorang dari ‘Immortals’ berempat, yang berada dalam fasa tidur berpanjangan setelah mengorbankan dirinya pada satu ujian yang memakan masa selama 60,000 tahun

RAMARAJAN 2.0 I Drama Tamil I On Demand di Ultra Box I Aplikasi Astro GO

Drama bersiri Ramarajan kini kembali dan menjanjikan keseronokan berganda-ganda. Kali ini, Ramarajan (anak anjing) telah tertukar badan dengan seorang manusia dewasa. Lebih mengelirukan apabila seorang gadis mengakui bahawa beliau merupakan anak Ramarajan. Sekuel ini sudah pasti membuatkan anda terhibur. Lakonan Dato Sri Datin Geethanjali, Tokoh Sathia, Thasha Krishna Kumar, Vicran Elanggoven, Kuben Mahadevan, Akhsra Nair dan ramai lagi.

MY ROOMMATE IS GUMIHO I Drama Korea I TVN (CH395), Khamis & Jumaat, 9.15 MLM I On Demand di Ultra Box I Aplikasi Astro GO

Drama bersiri fantasi romantik di antara Shin Woo-yeo, seorang pria fantasi yang merupakan ‘nine-tailed-fox’ dan berusia 999 tahun, bercinta dengan Lee Dam, seorang pelajar kolej yang tanpa sengaja telah tertelan sebutir mutiara ‘fox’. Tanpanya, Shin tidak boleh kembali kepada tubuh asal seorang manusia. Lakonan Jang Ki-yong, Lee Hye-ri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Issey Fazlisham Sebak Tinggalkan Suria FM Selepas Tiga Tahun, Ada Merancang Sesuatu

Catch A Sneak Peek Of Firdhaus’s First Malay Release Exclusively on TikTok