in , ,

Irfan Haris Kecewa, Honey Pilih Kekasih Lain

Bercinta memang indah, ibarat segalanya kita yang punya. Namun, hanya yang melaluinya lebih tahu makna cinta sebenarnya.

Ada yang bercinta tidak kekal lama, ada pula yang ditinggal kerana orang ketiga. Tidak kurang juga yang setia tapi kekasih masih rambang mata. Lebih merana apabila usaha untuk memiliki cinta daripada wanita idaman tidak terlaksana hingga semua usaha menjadi sia-sia. Itu situasi dilalui penyanyi Irfan Haris, 18, yang membuatkan dirinya kecewa akibat cinta ditolak daripada gadis idamannya.

Namun, Irfan atau nama sebenarnya Irfan Haris Othman berkata, semua itu hanyalah jalan cerita dalam muzik video Honey khas buat peminat setianya.

“Lagu ini sudah hampir dua tahun disiapkan, tapi baru sekarang dikeluarkan. Kebetulan, saya terbabit dalam program Big Stage 2019 dan berjaya ke peringkat akhir. Jadi, inilah waktu yang sesuai.

“Kemudian, saya memikirkan konsep muzik video bagi disesuaikan dengan lirik lagu. Alhamdulillah, dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada pengarah, Syahmi Norsan terhasillah muzik video Honey ini.

“Sejujurnya, saya berpuas hati sebab apa yang diinginkan dalam muzik video ini dapat ditunaikan,”

– Irfan Haris

Ifran berkata, apa yang pasti muzik video itu mempunyai kenunikan tersendiri apatah lagi diselitkan eleman kejutan pada penghujung muzik video itu.

“Muzik video ini bukan saja cukup bermakna buat saya, tapi ia sesuatu yang istimewa buat peminat. Saya mahu muzik video ini bukan seperti muzik video lain.

“Disebabkan itu, saya cuba mencipta kelainan dengan menyelitkan eleman kejutan. Apa kejutan itu? Kena tonton sampai habis dan baru tahu jawapannya.

“Harapan saya, semoga muzik video ini diterima baik dan mendapat sambutan. Saya juga terima apa saja komen dan pandangan,”

– Irfan Haris

Lagu Honey adalah hasil ciptaan sepenuhnya Irfan bersama abangnya, Haiqal Iskandar.

Muzik video lagu Honey menjalani penggambaran selama dua hari pada 19 dan 30 Oktober lalu.

Irfan Haris Kecewa, Honey Pilih Kekasih Lain

Muzik video ini dilancarkan secara rasmi pada 15 November yang lalu di saluran Youtube Seventeen Eleven Music.

Teristimewa buat peminat Irfan Haris, lagu ‘Honey’ edaran Seventeen Eleven Music ini boleh dimuat turun dan distrim disemua digital platform seperti Apple Music, iTunes, Spotify, JOOX, KKBox dan Deezer Music.

Ini pula pautan bagi link lagu ‘Honey’ : https://youtu.be/b5I_uYsRnNo

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Awal Ashaari & Scha Alyahya

Scha & Awal Dilema Mencari Rumah Impian, Nasib Baik Ada ECOWORLD

Kelayakan Piala Dunia 2022 Malaysia 2-1 Thailand Trending di Youtube Malaysia