in , , ,

Irfan Haris Kini Muncul dengan Single Balada Terbaharu Berjudul PATUNG

Tahniah Buat Irfan Haris, Seorang Artis Baharu Di Bawah Naungan Rocketfuel Yang Kini Muncul Dengan Single Terbaharu Yang Pasti Meruntun Jiwa berjudul PATUNG.

Penyanyi muda bersuara lunak dan berbakat besar yang merupakan artis terbaharu Rocketfuel Entertainment yang berasal dari Johor Bahru, dan merupakan pemenang tempat keempat Big Stage 2019, Irfan Haris Othman atau lebih mesra dengan panggilan Irfan Haris kembali menghangatkan industri muzik tanah air dengan single terbaharu berjudul ‘​Patung​’ yang ditulis oleh beliau sendiri, saudara beliau, Ubaidillah, dan digubah oleh komposer muda yang merupakan abang kandungnya, Haiqal Iskandar.

Irfan Haris

Penuntut jurusan diploma dalam bidang Entertainment Arts di KDU University Colllege ini berkata, ​

“Lagu ini mengisarkan tentang perhubungan cinta seorang lelaki yang merasakan dirinya dilayan seperti patung oleh teman wanitanya.

Ibarat sebuah patung yang tidak mampu bergerak dan tidak mempunyai perasaan, lelaki tersebut merasakan dirinya diperlakukan sebegitu teruk kerana dipergunakan sesuka hati sesuai kehendak teman wanitanya.”

– Irfan Haris

Memilih untuk kembali kepada genre balada, Irfan Haris menerangkan, ​

Sejurus keluar daripada Big Stage, ramai yang mahu saya menyanyikan semula lagu balada kerana kebanyakan peminat lebih gemar saya menyanyikan lagu-lagu sebegitu. Lagu Patung merupakan idea saudara saya sendiri iaitu Ubaidillah, pada mulanya lagu ini diciptakan untuk kakak saya iaitu Amira Othman, tetapi disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan rezeki untuk menyanyikan lagu ini jatuh kepada saya.

Terus-terang saya katakan, lagu ini merupakan antara lagu paling sedih yang pernah saya nyanyikan, liriknya yang meruntun jiwa dengan melodi yang sedih pasti membuat sesiapa sahaja yang mendengarnya merasa syahdu.”

– Irfan Haris
Irfan Haris

Patung telah dirakamkan sejurus Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) apabila arahan rentas negeri dibenarkan oleh kerajaan dan mengambil masa selama dua hari untuk disiapkan kerana ia memerlukan ‘feel’ yang cukup bagi menghidupkan rasa sedih yang diperlukan.

Manakala, peluang bekerjasama dengan keluarga sendiri merupakan pengalaman berharga yang tidak dapat dilupakan, beliau mengulas, ​

“Saya sangat bersyukur kerana dapat berkolaborasi dengan abang sendiri iaitu Haiqal Iskandar selaku komposer dan saudara rapat, Ubaidillah kerana bakat yang mereka ada serta daya kreatif yang dimiliki sungguh menakjubkan, selain itu saya juga dapat menonjolkan bakat saya sebagai penulis bersama dalam pembikinan lagu ini.

Saya juga sangat teruja dengan konsep video muzik yang bakal dipertontonkan kerana saya berlakon menjadi patung di sebuah muzium dengan jalan cerita yang sungguh menarik, jika semua nak tahu kesudahannya kenalah tonton di YouTube nanti.”

– Irfan Haris
Irfan Haris

Encik Feros Sayna, Ketua Label Rocketfuel Entertainment berpendapat,

Saya nampak potensi yang ada pada Irfan, walaupun masih muda dia mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyanyian dan mampu pergi jauh pada masa akan datang.”

“Saya berharap agar lagu Patung ini dapat diterima ramai walaupun lirik serta melodinya yang sedih kerana saya pasti di luar sana pasti ada yang pernah melalui situasi sebegini dan menjadi pengalaman yang mendewasakan kita,”​ jelas Irfan Haris.

– Irfan Haris

Lagu ‘​Patung​’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music bermula 1 Oktober 2020. Manakala video lirik dan muzik lagu ‘​Patung​’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Entertainment pada hari yang sama.

Irfan Haris
Irfan Haris

Lirik Lagu PATUNG

Tajuk: Patung
Artis: Irfan Haris
Lirik: Ubaidillah

Komposer: Haiqal Iskandar & Irfan Haris

Ketika bibir tak mampu bicara

Meraba mata mencari bayangmu

Kerana luka lama yang berdarah

Kini telah membeku menjadi lumpuh

(Chorus)

Harus ku sedari, tentang kamu

Yang melayaniku sepertiku tiada hati

Habis ku dihina dipujuk semula

Mengisi kebosananmu

Aku mainan akulah boneka

Anggaplah saja ku tak punya rasa

Kerana hanya aku yang mengalah

Demi terus menjaga ikatan

(Chorus)

Dan kau pun sedari, tentang aku

Bersaksikan nyawa, mencintamu sepenuh hati

Puas ku menangis, merayu mengemis

Kau tetap membisu

Egomu membunuh hati, menghukumku

Tanpa simpati, kernaku patung cintamu

(Chorus)

Irfan Haris

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Koleksi Terbaharu Larney Untuk Keselesaan Wanita Urban

Welcoming Kim Soo Hyun, Cosrx’s Global Representative