in ,

Pelakon, Pengarah & Penolong Pengarah Ditahan Positif Dadah

Pelakon lelaki berusia 29 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, Perak, semalam.

Pelakon lelaki berusia 29 tahun, pengarah dan penolong pengarah ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar semalam kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Tak pasal-pasal pulak dengan berita hangat macam ni, netizen terpaksa menunda perjalanan mereka untuk balik kampung untuk menyiasat siapa pulak pelakon, pengarah dan krew yang ditahan ni.

Memetik laporan Harian Metro, ketiga mereka ditahan dalam bilik berasingan kira-kira jam 7.15 pagi oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar serta dibantu anggota Balai Polis Kuala Kangsar.

Hasil ujian air kencing mendapati pelakon dan pengarah positif dadah jenis THC atau Tetra Hydrocannibol. Manakala, penolong pengarah pula didapati positif dadah jenis AMP dan methamphetamine.

Ketiga-ketiga mereka disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gosip Panas Betul Ke Erra Fazira Dah Kahwin & Bergelar Isteri Kedua Ahli Politik?

Park Seo Jun trending

iQiyi Umumkan Enam Siri Asli Korea dan Filipina