in , ,

Sensasi Baru – iQIYI dan Lawrence Wong

Ada dua perkara baru yang perlu dieksplorasi oleh para peminat drama di Malaysia. Pertama – Lawrence Wong, pelakon kelahiran Johor Bahru yang kini menempa nama di luar negara dan kedua – iQIYI, platform yang kini sedang mempertontonkan drama lakonan Lawrence yang sedang menjadi bualan ramai di luar sana.

Bagi yang sudah mengikuti drama Story of Yanxi Palace yang hangat dipertontonkan di platform penstriman iQIYI, senyum keanak-anakan pelakon Lawrence Wong dan daya penarik melalui karakter Hai Lancha sudah pasti meninggalkan kesan yang mendalam di hati semua. 

Menurut Lawrence sendiri, Story of Yanxi Palace merupakan drama epik pertama lakonannya dan memberikan cabaran tersendiri kerana dialog yang agak sukar. 

“Dialog yang dilontarkan adalah sangat berbeza dengan dialog yang kita ucapkan di zaman moden.

Jadi saya perlu meletakkan usaha yang lebih untuk menghafal setiap dialog, memahami maknanya dan cara melontarkan ayat-ayat tersebut yang selama ini belum pernah saya gunakan,”

“Faktor cuaca juga membuatkan penggambaran menjadi sukar kerana kami memakai banyak lapisan kostum sambil menghafal setiap baris dialog. Memang berpeluh dibuatnya,”

– Lawrence
Lego Posters-EN-logo

Drama Story of Yanxi Palace yang merupakan drama bersiri terbitan asal dari platform iQIYI yang boleh ditonton secara percuma di platform tersebut melalui pautan iQ.com. Drama ini mendapat lebih dari ratusan juta penonton di seluruh dunia.

Malah siri blokbuster ini menjadi drama bersiri paling ramai ditonton dalam masa 40 hari berturut-turut sewaktu tayangan. Ia turut mendapat 700 juta tontonan setiap hari pada satu masa dan merupakan drama bersiri yang paling kerap di’google’ pada tahun 2018. 

Drama ini turut dilakonkan oleh Wu Jinyan, Charmaine Sheh, Qin Lan, Nie Yuan, Xu Kai dan Tan Zhuo.

Lawrence yanxi 5

Siri ini mendapat perhatian ramai dan dikatakan menyamai kisah dongeng Cinderella dengan karateristik Cina. Ramai penonton yang memuji drama bersiri ini kerana tidak seperti pahlawan yang biasa dilihat. 

Watak utamanya iaitu Wei Yingluo bermain dengan pelbagai emosi dan sentiasa dapat mengalahkan lawannya. Kekuatan dalaman dan semangat juangnya menjadikan karakter ini sangat digemari ramai. Watak-watak di dalam drama yang diarahkan oleh Hui Kaidong dan Wen Deguang ini juga dikembangkan dengan baik dengan penghayatan pelakon yang sangat baik serta sinematografi yang indah dan diwarnai dengan rekaan kostum yang amat menarik. Tak kurang juga, ramai penonton yang memberi tindak balas dengan menyatakan banyak pengajaran dan tauladan hidup yang dapat diperolehi dengan menonton drama 70 episod tersebut. Antaranya ialah tips-tips dalam menjalinkan hubungan, bukan sahaja percintaan tetapi juga persahabatan.

Ramai yang masih belum mengenali lebih dekat platform penstriman terbaharu iQIYI. Sebagai pengenalan, iQIYI merupakan penerbit asal Story Of Yanxi Palace dan mempunyai 3000 drama lain di platform tersebut buat tontonan peminat drama. 

Dengan peningkatan populariti yang ditempa oleh Lawrence dengan watak Hai Lancha melalui drama Story of Yanxi Palace, beliau telah dilantik sebagai Duta VIP Antarabangsa pertama iQIYI. Jejaka  berwajah manis ini sekarang sedang sibuk dengan penggambaran drama bertajuk The Ferryman: Legends of Nanyang yang merupakan drama terbitan asal yang  pertama iQIYI untuk pasaran Asia Tenggara.

Lawrence yanxi 3

Para penonton juga boleh melihat senarai tontonan iQIYI yang kaya dengan judul drama-drama China, Korea serta Melayu. Antara drama tempatan serta Asia yang dapat ditonton terus di platform ini ialah Kampung People 2, 7 Hari Mencintaiku 2,Tale of the Nine Tailed, 18 Again, Flower of Evil, Pengantin Satu Malam dan Backstreet Rookie. Manakala siri drama Terbitan asal iQIYI pula ialah Youth With You dan The Rap Of China.

Untuk hiburan optimum dan menyeronokkan sewaktu khusyuk melayari drama pilihan ramai, sarikata dalam Bahasa English, Melayu dan Mandarin turut disediakan. 

Lawrence Wong 1 - for online

Jangan lupa, anda boleh strim sahaja di iQIYI sama ada melalui gajet mudah alih atau di komputer. Terus ke pautan www.iQ.com atau muat-turun aplikasi iQIYI di PlayStore atau AppStore dan daftar akaun pengguna secara percuma. Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bintang Terkenal Nicole Kidman & Hugh Grant Bergabung dalam THE UNDOING di HBO

SAJAT

Sajat Berdepan 17 Pertuduhan, Didakwa Lagi Hari Ini