Iqbal Mazlan Juara Pilih Kasih Musim Pertama

Sekalung tahniah Budiey ucapkan kepada Iqbal kerana telah dinobatkan sebagai juara Pilih Kasih musim pertama yang berlangsung semalam. Budiey dah lama kenal Iqbal. Kalau tak silap, Iqbal ni adalah sepupu kepada bintang AF, Haziq Rosebi. Dulu-dulu, pernah sekali Budiey buat entri pasal Iqbal sebab Iqbal ada mirip-mirip dengan muka Dafi. Sila baca kat sini: Gambar Kembar Dafi atau Jangan Tersilap Buat Andaian yang mengundang 120 lebih komen dari pembaca~!

Gambar Iqbal semasa sidang media di Restoran Sri Melayu

SENAWANG: Pelakon dan penyanyi sambilan, Muhammad Iqbal Mazlan, 20 (Iqbal Mazlan) dinobatkan sebagai juara Pilih Kasih musim pertama, pada peringkat akhir program itu yang berlangsung di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban, di sini, disiarkan secara langsung di TV2 semalam.

Iqbal, 20, yang memperoleh peratusan tertinggi iaitu 39.36 peratusadalah antara lima pelakon yang ‘dicari’ Rosyam Nor selama 10 minggu program realiti itu berlangsung.

Ia diikuti dengan empat peserta lain iaitu Reza Hasbi (36.27 peratus),Indera Hafiz (31.59 peratus), Nabila Dally (28.45 peratus) sertaWanina Zaki (26.67 peratus).

Lima finalis lain terdiri daripada Mohamad Redzuan Rosli, 19 (Diwan Nawi), Farah Azleenda Abdul Aziz, 20 (Zulin Aziz); Rabiatul Balqis Rameshan, 21 (Rea Rameshan), Mohamad Redzuan Rosli, 19 (Diwan Nawi);dan Mohamad Ridzuan Hasbullah, 20 (Reza Hasbi).

Iqbal yang ditemui sejurus selepas itu berkata, dia sememangnya cukupterkejut dan tidak menyangka akan menjadi juara Pilih Kasih. Lebih-lebih lagi katanya, dia menduduki tempat tercorot dalam undiankhidmat pesanan ringkas (SMS) dengan hanya mendapat 0.36 peratus.

“Saya tidak pernah berfikir untuk melangkah sejauh ini apatah lagimenjuarai program realiti ini. Apa yang saya tahu, saya mesti membuat yang terbaik di pentas agarmenonjolkan bakat lakonan saya,” katanya pada sidang akhbar sejurus berakhirnya Pentas Akhir Pilih Kasih.

Sementara itu, Pelakon lelaki dan wanita terbaik Pilih Kasih ialah Sofian Bujang dan Wanina Zaki.

Sofian Bujang dan Bea Rameshan dalam satu aksi persembahan.

Masing-masing menerima trofi dan ditawarkan berlakon dalam dua buahdrama bersiri arahan pelakon dan pengarah terkenal Erma Fatima. Walaupun julung kali diadakan, Pilih Kasih mempunyai daya penarik yang tersendiri. Misalnya, tayangan drama pendek bersiri ‘Mangsa Pemburu’ diakhiri dengan adegan sepasukan anggota polis berkejaran menangkap seorang penjenayah bertopeng balaclava.

Insiden tersebut adalah berkesinambungan daripada bahagian akhir dramapendek tersebut. Menariknya, lelaki bertopeng tersebut ialah Rosyam Nor sendiri! Dalam drama pendek itu juga, Iqbal yang memegang watak utama lelaki berjaya berlakon dengan baik sekali.

Malah, persembahan monolog Iqbal berjudul ‘Menjadi Pelakon’ mendapat pujian daripada dua pengkritik peringkat akhir Pilih Kasih iaitu Dr.Abu Hassan dan Mamat Khalid. Artis-artis undangan seperti Mazlan Tahir, Zulhairy, Zamzuriah Zaharidan Liyana Jasmay menjayakan persembahan monolog-monolog pada malam itu.

10 finalis Pilih Kasih

Penonton juga turut disajikan dengan persembahan oleh artis jemputan, Akhil Hayy, Azlan The Typewriter dan Amy Search.

HADIAH-HADIAH PILIH KASIH

Tempat pertama (Iqbal Mazlan): Wang tunai RM10,000, kereta Naza Suria sumbangan Oriva, trofi sumbangan Langkawi Crystal, pakej percutian kePerth bernilai RM5,000 sumbangan Utusan Travel Holiday, cenderahati dari Alfo Lighting bernilai RM2,000 dan biasiswa pengajian di Aswara.

Tempat kedua (Reza Hasbi): Wang tunai RM10,000, kereta Naza Suriasumbangan Oriva, trofi sumbangan Langkawi Crystal, pakej percutian kePerth bernilai RM5,000 sumbangan Utusan Travel Holiday, cenderahatidari Alfo Lighting bernilai RM2,000 dan biasiswa pengajian di Aswara.

Tempat ketiga (Indera Hafiz): Wang tunai RM3,000, trofi, pakejpercutian ke Jakarta bernilai RM2,000 sumbangan Utusan Travel Holiday,cenderahati dari Alfo Lighting bernilai RM600 dan biasiswa pengajiandi Aswara.

Tempat keempat (Nabila Dally): Trofi serta RM1,000.

Tempat kelima (Wanina Zaki) : Trofi serta RM1,000.

Lima peserta teratas tersebut akan ditawarkan kontrak berlakon selama setahun dalam drama dan filem ‘Kekasih’ terbitan Suhan Movies yang dimiliki oleh Rosyam Nor.

Indera, Iqbal dan Reza dengan trofi dan cek replika masing-masing. [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Kahwin Pernikahan Waheeda & Akhil Hayy

Dokumentari-dokumentari Menarik Merdeka Di TV1