in

Gambar Kahwin Pernikahan Waheeda & Akhil Hayy

Budiey nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Akhil Hayy dan Waheeda yang telah mendirikan rumahtangga semalam~! Selamat berbulan madu. Moga bahagia hingga akhir hayat.

Akhirnya, Akhil Hayy dan penyanyi popular Waheeda telah selamat diijabkabulkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru, hari ini jam 12 tengah hari. Dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Ustaz Zulhairi Jaid. Waheeda menerima mas kahwin berjumlah RM 80 serta tujuh dulang hantaran berbalas 11 dulang oleh pihaknya.

3826148648 19A1C25Df7 O | 4

Dengan sekali lafaz, Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hayy sah bergelar suami kepada penyanyi yang popular dengan lagu Wassini itu pada majlis pernikahan mereka yang dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak. Turut hadir ialah dua anak Akhil iaitu Siti Nur Maisarah, 12 dan Mohd Syarif Idayatullah, 11. Waheeda dan Akhil bergambar bersama anak-anaknya, Siti Nur Maisarah dan Mohd Syarif Idayatullah.

3826148972 00B45A441B O | 5

Tiada wang hantaran diberikan, sebaliknya Waheeda dan ibubapanya hanya meminta senaskhah Al-Quran daripada pihak lelaki.

3826149420 0Cc22Ba264 O | 6

Akhil yang ditemui sejurus selepas majlis pernikahan itu melahirkan rasa syukur dan berharap perkahwinan ini mampu menjadi penutup kepada segala kontroversi yang melanda dirinya dan Waheeda selama ini.

“Jodoh dan pertemuan adalah urusan Allah. Sebelum ini pun, terlalu ramai yang bertanya bila kami akan berkahwin. Jadi hari ini, kami buktikan dan berharap ia dapat menutup segala spekulasi. 

Selebihnya, terserahlah kepada masyarakat kerana manusia boleh bercakap apa saja. Apa yang boleh saya katakan, ini bukan secara kebetulan dan bukan juga satu perancangan sangat pun. Sebelum ini, memang saya bercakap pada media bahawa saya senang dengan Waheeda.

Cuma, untuk menggerakkannya ke arah itu (cinta), saya hanya serahkan kepada Allah. Tetapi, mustahil lah perkahwinan ini terjadi kalau bukan kerana cinta.

Allah bukakan hati saya untuk menerima Waheeda dan dia ditakdirkan menjadi isteri saya. Insya-allah, saya akan cuba sebaik mungkin untuk membimbing Waheeda dan anak-anak,”

– Akhil

Menurutnya lagi, jika mengikut perancangan awal, dia ingin melangsungkan pernikahan pada 21 Ogos.

“Jika ikutkan, saya rancang untuk bernikah pada 21 Ogos, malam sebelum Ramadan dan semua tetamu boleh bersembahyang Tarawih bersama-sama. Tetapi bila melihat tarikh 16 Ogos ini lebih memudahkan keluarga dan saudara-mara lain untuk datang, jadi kami pilih saja tarikh hari ini,”

– Akhil
3826149258 8A110432Ed O | 7
Dari kiri: Abdul Wahab Yusof (bapa Waheeda), Asri Othman (bapa Waheeda) Akhil, Waheeda dan ibu Akhil, Azizah Daud

Ditanya sama ada bekas isterinya itu turut mengetahui tentang perkahwinannya dengan Waheeda, kata Akhil:

“Saya tidak mahu komen. Dia tidak ada kena-mengena.”

– Akhil

Dalam pada itu, Waheeda juga melahirkan rasa syukur kerana telah sah bergelar isteri setelah hebat dilanda kontroversi selama ini.

“Saya tidak mahu bercakap tentang kontroversi. Bagi saya, lebih banyak benda lain yang patut difikirkan. Saya mengambil nasihat Dr.Fadzilah Kamsah yang pernah cakap pada saya, cabaran yang dilalui sebenarnya akan diberikan ganjaran yang besar kelak. Perkahwinan ini juga adalah untuk merapatkan hubungan ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Kami juga tidak akan pergi berbulan madu, tetapi akan menggunakan masa yang ada untuk melawat saudara-mara. Saya juga telah bersara dari dunia seni dan ingin memberikan tumpuan pada suami dan anak-anak,” kata Waheeda yang juga bersedia untuk menimang cahayamata sendiri jika dikurniakan rezeki.

Ditanya mengapa pihaknya hanya meminta senaskhah Al-Quran sebagai pengganti wang hantaran, ujar Waheeda, dia berpendapat perkara itu lebih afdal kerana Al-Quran adalah pelengkap segala-galanya.

“Ini memang permintaan bapa saya juga. Lagipun, saya tidak mahu perkahwinan ini membebankan sesiapa. Malah, saya dan Akhil memang sentiasa berpegang kepada Al-Quran dalam kehidupan,” katanya yang juga menafikan majlis itu dibuat secara ‘rahsia’. Majlis ini dibuat di sini kerana kawan Akhil ingin menikahkan kami sendiri. Kami juga tidak merahsiakan perkahwinan ini dari media kerana kami turut menjemput rakan-rakan media yang rapat dengan kami. Lagipun, keluarga dan saudara-mara di sebelah saya dan Akhil ramai yang hadir hari ini. Insya-allah, kami akan adakan sebuah resepsi pada 31 Oktober nanti di Dewan Bukit Jelutong, Shah Alam dan akan jemput lebih ramai tetamu,” katanya.

Sebuah lagi resepsi di Gopeng, Perak juga akan dibuat seminggu kemudiannya. [sumber]

3826150848 188C8Bcf53 O | 8
3826148998 810Dc8Ea70 O | 9
3826150540 E5Df87E5De O | 10
3826150604 001782038D O | 11
3825349619 9Aacab97E5 O | 12
3825349505 2B57Ea7832 O | 13
3826149758 733D2C0B4A O | 14
3825350867 E55Ecd6E4C O | 15
3826150216 34A1Edacd7 O | 16

Gambar hantaran:

3825350475 D336Ed0A87 O | 17
3826149940 71806374Dc O | 18
3825348877 3680D842E9 O | 19

Jam tangan

3825348921 273Bee9165 O | 20

Tepak Sirih

3826148602 673A8D9343 O | 21

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bicara Aur Dengan Tebing Siri 2 Lakonan Lisdawati, Julia Ziegler

Iqbal Mazlan Juara Pilih Kasih Musim Pertama