in ,

Pesakit Barah Payudara Sebar Harapan Bersama HOPE IS JUST AROUND THE CORNER

Lebih Daripada 2 Juta Wanita Menghidap Barah Payudara Di Seluruh Dunia, Sebar Harapan Bersama “HOPE IS JUST AROUND THE CORNER”

MEDICOS jalin perkongsian dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan kumpulan sokongan Candy Girls untuk Kempen Kesedaran Barah Payudara.

MEDICOS turut bekerjasama dengan artis Malaysia berpangkalan di UK bagi menghasilkan pelitup muka merah jambu edisi khas 

“Hope is Just Around The Corner” merupakan mesej utama yang ingin disampaikan oleh MEDICOS kepada semua wanita di Malaysia. Bagi tahun kedua Kempen Kesedaran Barah Payudara, MEDICOS ingin menyebarkan harapan kepada semua pesakit barah payudara dan penjaga mereka, supaya terus berdialog, bercerita dan berkongsi pengalaman bagi membantu perjuangan melawan penyakit ini. 

Med Virtual Campaign Launch - Spokespersons

MEDICOS bekerjasama dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Candy Girls, satu organisasi bukan berasaskan keuntungan yang diasaskan oleh bekas pesakit barah payudara bagi membantu mereka yang terkesan oleh penyakit ini dari segi fizikal, mental, dan sosial. MEDICOS bersama dengan Candy Girls memperkenalkan video kempen yang memperincikan perjalanan seseorang pesakit barah payudara, kesukaran dan ketakutan yang terpaksa mereka hadapi dalam perjuangan melawan penyakit ini.

“Tiada siapa patut mengharungi cabaran ini seorang diri. Wanita tentu akan merasa pelbagai tekanan emosi apabila bahagian badan paling intim mereka diserang barah. Kita perlu menyediakan ruang yang selamat dan terbuka supaya wanita-wanita ini dapat meluahkan perasaan mereka dengan lebih selesa tanpa rasa malu dan dinilai. Para pesakit memerlukan sistem sokongan, dan pasukan kami di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sentiasa bersedia untuk mendengar masalah mereka dan membantu pesakit barah payudara sebaik mungkin,” kata Pengarah PPUM, Prof. Dr. Nazirah Hasnan.

Medicos Pink Ribbon Mask 1

Sempena dengan kempen ini, MEDICOS, syarikat milik keluarga yang menerajui penghasilan pelitup muka di Malaysia kini memperkenalkan pelitup muka merah jambu edisi khas yang direka oleh artis Malaysia berbakat, Dr Caryn Koh yang kini berpangkalan di UK. Dr Caryn merupakan pemenang pertandingan 2020 Breast Cancer Face Fabric Mask Design, pertandingan yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Kanser Malaysia. Pelitup muka merah jambu ini boleh dibeli di Watsons, Farmasi Caring, rangkaian peruncit-peruncit bebas lain dan platform e-dagang terkemuka sepanjang bulan ini. Sebahagian daripada hasil jualan pelitup muka ini akan disumbangkan kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya dalam usaha mereka memerangi barah payudara.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MEDICOS, William Wong  berkata, “Pandemik telah memberikan kita ketahanan dan mengajar kita kepentingan harapan. Pada Bulan Kesedaran Barah Payudara ini, MEDICOS memainkan peranan untuk mengingatkan rakyat Malaysia untuk menghargai semua wanita.  Sama ada ibu, adik, kakak, atau isteri anda, mereka semua membawa perubahan ke dalam hidup kita, dan kini tiba giliran kita untuk menyokong mereka. Anda juga boleh turut serta dengan memakai pelitup muka merah jambu kami; mari kita bersama-sama mulakan perbincangan mengenai barah payudara.” 

Berdasarkan Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia (MNCRR) 2012-2016, barah payudara kini dialami 34 bagi setiap 100,000 wanita di Malaysia, peningkatan daripada 31 pada tahun 2007 hingga 2011. Barah payudara mempunyai beban penyakit yang mempengaruhi 31.1 peratus daripada semua wanita yang menghidap barah di Malaysia. Langkah pertama untuk melawan barah payudara adalah melalui pengesanan awal. 

Candy Girls 1

Ketua Unit Bedah Payudara PPUM, Profesor Madya Dr. See Mee-Hoong, berkata semasa sesi pelancaran, “Pengesanan awal memang dapat menyelamatkan nyawa. Sebagai contoh, jika barah payudara ini dikesan dan dirawat pada tahap 1, kadar dapat terus hidup boleh mencapai setinggi 95%. Oleh itu, adalah penting untuk kita memahami risiko barah payudara. Saya menggesa setiap wanita berusia 50 tahun ke atas untuk menjalani ujian mamogram hari ini.”

“Kepada semua wanita yang menghidap barah payudara: jangan berjuang seorang diri. Dekati rakan-rakan, ahli keluarga, atau wanita lain yang juga menghidap barah payudara dan kongsikan tentang apa yang anda lalui. Dapatkan sokongan dan ketenangan yang akan memainkan peranan penting sepanjang perjuangan anda. Dan yang paling penting, jangan berlengah untuk dapatkan rawatan. Kemajuan perubatan pada hari ini dapat memberikan harapan dan meningkatkan peluang anda untuk terus hidup jika dirawat lebih awal,” tambahnya lagi.

Medicos Pink Ribbon Mask 2

Semasa acara pelancaran, Dr. See juga mengumumkan buku “Pink Agent”,  satu buku pertama dalam bahasa Mandarin mengenai barah payudara di Malaysia yang akan dikeluarkan pada 24 Oktober.  Buku ini ditulis bersama oleh bekas pesakit barah payudara Cik Sia Sock Fong, pakar diet Goh Yoke Lian dan Dr Tan Hui Ting. “Pink Agent” bertujuan untuk mengajar para pembaca realiti sebenar di sebalik penyakit ini dan kemajuan terkini dalam rawatan kanser payudara.

Tambahan lagi, PPUM kini sedang memperluas dan menambahbaik Pusat Sumber Kanser Payudara (BCRC) dan pusat yang baru diperbaharui itu akan dilancarkan pada akhir bulan ini. Pusat sumber, yang ditubuhkan pada tahun 2005, secara proaktif memberikan perkhidmatan klinikal, latihan, pendidikan dan penyelidikan dalam rawatan barah payudara kepada pesakit dan pengasuh.

Tunjukkan kasih sayang kepada wanita dalam hidup anda. Jika anda mengenali sesiapa yang menghidap barah payudara, dapatkan sokongan dan bawa mereka ke sumber sokongan seperti Kumpulan Sokongan Kanser Payudara Candy Girls,  Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA), Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan banyak lagi. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen “Hope is Just Around The Corner” dan untuk menonton video testimoni dari Candy Girls, sila layari: https://medicos.com.my/pink dan https://www.facebook.com/medicosmy/.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Iqbal | 23

Iqbal Mahu Rakam Lagu, Sanggup Bayar Pencipta Lagu Sebanyak Setengah Juta

Daniel Craig | 24

Astro Menayangkan Koleksi 25 Filem Ikonik James Bond ‘007’ Sempena ‘No Time To Die’