in , ,

iPhone 12 Pro Max & iPhone 12 Mini Terbukti Mempunyai Struktur Skrin Kukuh & Padu

Siri telefon pintar iPhone sering dikaitkan dengan peranti yang berkualiti tinggi daripada segi luaran dan perisian, dan iPhone 12 nampaknya meneruskan lagi reputasi tersebut.

Terbaru, seorang YouTuber telah pun menguji ketahanan fizikal iPhone 12 mini dan iPhone 12 Pro Max dalam sebuah video dan kedua-dua telefon tersebut berjaya melepasi ujian tersebut dengan cemerlang.

YouTuber bernama Jerry Rig Everything yang terkenal dengan video ‘pemusnahan’ telefon, telah menguji telefon tersebut dengan ujian yang agak mencabar, seperti menggores skrinnya dengan pengukur kekerasan Mohs, mencakar dengan pisau, memanaskan skrin telefon dengan pemetik api selama 50 saat serta membengkokkan telefon dengan tangannya sekuat mungkin.

Kedua-dua telefon tersebut berjaya melepasi ujiannya dengan baik. Apple mengatakan mereka telah memperkenalkan bahan Ceramic Shield yang digunakan dalam semua skrin iPhone 12 yang menjanjikan ketahanan empat kali ganda lebih tinggi daripada iPhone 11.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Media Prima Kembali Catat Untung Dengan Rekod RM12.43 Juta Bagi Q3 2020

Semakin Mendapat Tempat, KOOL FM Talk Radio No. 1 Berbahasa Melayu di Malaysia