in ,

Intan Sah Diceraikan, Ude Kini Hak Milik Izreen Sahaja

SENYUMAN masih melekat di wajah Intan Liana Saleh walaupun dia telah diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude.

Intan Sah Diceraikan

Pagi ini, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur telah menjadi saksi penceraian antara Intan dan Ude pada pukul 9:50 pagi tadi.

Walaupun lima tahun menjalinkan hubungan sebagai suami isteri serta dikurniakan dua cahaya mata, hari ini Ude talah melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin.

Secara langsung mahkamah telah memerintahkan Intan untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula pada hari ini.

Intan Sah Diceraikan

Sebelum upacara lafaz talak dibuat, Shaiful telah memerintahkan supaya kedua-dua pasangan itu bermaaf-maafan serta bersalaman sesama sendiri.

Sedih namun Intan, 32, tetap perlu menerima ketentuan yang telah ditulis oleh-Nya.

Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata itu tidak dapat menahan perasaan sedih lalu menitiskan air mata ketika bersalaman bersama Ude serta selepas lafaz cerai dibuat.

Sejak 30 November tahun lalu, pemuzik bebas berkenaan telah menfailkan permohonan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 terhadap bekas isterinya itu.

Intan Sah Diceraikan

Ude memberitahu kepada hakim bahawa alasan utama mengapa dia memohon penceraian ialah disebabkan tiada lagi perasaan kasih sayang serta tidak bersefahaman kerana mereka berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan.

Ketika hadir ke mahkamah, Intan telah ditemani oleh ahli keluarganya bersama peguam, Suriany Awaludin serta Ude pula bersama peguamnya, Datuk Mohd Zaidi Md Zain.

Ude ‘Backup’ Izreen Azminda

Lima tahun perkahwinan mereka sejak 2013 yang lalu telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri, 3 dan Ariq Muqriz, 1.

Ude ‘Backup’ Izreen Azminda

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Awi Rafael Mengakui Kenal Atikah Sewaktu Menjadi Kekasih Hanez Suraya

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Filem RAMPAGE