in , ,

Izreen Azminda Terpaksa Bersalin Secara Pembedahan Buat Kali Ketiga

Pelakon Izreen Azminda yang dijangka bersalin dalam minggu ini atau minggu hadapan memaklumkan, dia terpaksa melahirkan anak ketiganya secara pembedahan. Sama-sama kita doakan semoga beliau selamat melahirkan anak.

Pelakon Izreen Azminda dijangka bersalin tidak lama lagi dan khabarnya terpaksa melahirkan anak ketiganya secara pembedahan.

Menurut Izreen, dia mahu melahirkan secara normal namun dia tiada pilihan untuk melahirkan anak ketiga menerusi kaedah tersebut berikutan kedudukan bayinya melintang.

“Anak pertama dilahirkan secara pembedahan, jika diikutkan saya mahu lahirkan bayi kedua secara normal. Namun, disebabkan kedudukannya melintang, saya tiada pilihan selain perlu dibedah.

“Oleh sebab itu, saya juga tiada pilihan untuk anak ketiga ini. Mahu atau tidak, doktor memberitahu, saya perlu melahirkan anak secara pembedahan juga,”

– Izreen Azminda
Izreen Azminda Terpaksa Bersalin Secara Pembedahan Buat Kali Ketiga

Menurutnya, anak sulungnya juga dilahirkan secara pembedahan, malah mahu kelahiran normal bagi anak kedua tetapi tiada pilihan kerana kedudukan bayi melintang.

Sedar mengenai risiko Covid-19 terhadap ibu hamil, Izreen berkata dia hanya keluar rumah apabila ada urusan penting sahaja dan tetap berjaga-jaga meskipun sudah lengkap vaksin.

“Memang takut dan bimbang, cuma saya tidak mahu terlalu memikirkannya. Ibu mengandung emosinya mudah terganggu dan akan membuatkan saya tidak senang duduk.

“Saya memang langsung tidak keluar rumah kecuali ke hospital untuk pemeriksaan bulanan. Jika terlalu bosan atau teringin sangat keluar rumah suami akan bawa berjalan-jalan pusing-pusing dalam kereta sahaja,”

– Izreen Azminda

Selain itu, dia mengakui hanya keluar rumah apabila perlu sahaja kerana bimbang dengan risiko terhadap ibu hamil ketika pandemik Covid-19. Namun tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu supaya emosi dalam keadaan stabil.

Tambah pelakon drama Hadiah Dari Tuhan itu, dia mengambil keputusan bagi merahsiakan jantina bayi terlebih dahulu dan akan mengumumkan selepas bersalin nanti.

“Soal jantina anak tunggulah selepas dilahirkan kelak. Saya dan suami sudah tahu, cuma untuk orang lain tunggulah selepas saya bersalin,”

– Izreen Azminda
Izreen Azminda Terpaksa Bersalin Secara Pembedahan Buat Kali Ketiga

Itu merupakan kandungan kedua hasil perkongsian hidup dengan dengan Ude Wahid pada Ogos 2017. Sebelum ini pasangan itu dikurniakan anak lelaki, Aaron Ibrahim kini berusia dua tahun.

Izreen berkahwin dengan pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau dikenali sebagai Ude pada 8 Ogos 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun.

Sumber: Kosmo!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

airasia Rai Pelancaran Gelembung Perjalanan Langkawi, Sambutan Berganda Sempena Hari Malaysia

Tahniah! Baru Usia 21 Tahun, Bunga Isme Berjaya Beli Rumah Kondo Hadiah Untuk Ibu