in

Playlist Wajib Lagu Raya Hanya Di Spotify #IniBarulahRaya

Ramai antara kita biasa dihiburkan dengan lagu-lagu malar segar yang berkumandang menjelang Hari Raya Aidilfitri. Kita TAK pernah bosan mendengarnya kerana ia menggamit memori ‘Balik Kampung’, berkunjung ke rumah terbuka teman-teman, menikmati hidangan Kuih Raya dan meraikan temasya ini selama sebulan di Malaysia.

Seawal bulan Ramadan hinggalah ke Hari Raya kita dihidangkan dengan halwa telinga seperti lagu ‘Balik Kampung’ yang dipopularkan Allahyarham Sudirman Haji Arshad, dan lagu ‘Selamat Hari Raya’ yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Malah, hampir semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang mereka menghafal lirik kedua-dua lagu ini!

Namun, jangan kita lupa ada banyak lagi lagu Raya lain yang boleh memeriahkan sambutan temasya ini. Sempena Hari Raya ini, Universal Music Malaysia berbesar hati mempersembahkan playlist lagu Raya terpilih yang paling ‘happening’ secara EKSKLUSIF menerusi Spotify.

Seleksi Untuk Semua Generasi

Anda pastinya akan dihidangkan dengan lagu-lagu yang sering berkumandang menerusi pembesar suara gedung membeli-belah dan pasar malam di sepanjang Ramadan menerusi Playlist ini. Pada masa sama, Universal Music Malaysia menjanjikan sebuah Raya Hitslist yang menggabungkan irama klasik dan baru seperti Selamat Hari Raya oleh Saloma, Selamat Di Hari Raya 2.0 oleh Back2Basixx, Hari Mulia oleh Sheila Majid dan banyak lagi yang akan memuaskan citarasa pendengar daripada pelbagai lapisan masyarakat. Inilah janji #IniBarulahRaya – seleksi lagu Hari Raya untuk membangkitkan mood Raya semua generasi!

Sepanjang bulan puasa ini juga, Universal Music Malaysia akan melancarkan gelombang kempen media sosial bagi menarik minat pendengar untuk memuat turun Playlist Raya ini yang tersedia secara eksklusif hanya menerusi Spotify. Tidak cukup dengan itu, satu siri pertandingan dalam talian dan acara ramah mesra melibatkan artis-artis popular tanahair akan berlangsung menjelang Hari Raya bulan depan.

Nantikan maklumat seterusnya kerana Universal Music Malaysia akan menampilkan jadual aktiviti dan butiran pertandingan dalam talian untuk pencinta muzik tidak lama lagi. Penggemar lagu-lagu Raya pula akan berpeluang untuk mengambil bahagian dan memenangi hadiah-hadiah menarik. Maklumat lanjut akan dikongsi menerusi laman rasmi media sosial Universal Music Malaysia:

1. Facebook Universal Music Malaysia – https://www.facebook.com/universalmuzikMY/

2. Instagram Universal Music Malaysia – https://www.instagram.com/universalmuzikmy/?hl=en

Hari Raya tidak akan lengkap tanpa iringan lagu-lagu Raya. Meriahkan acara membeli-belah baju Raya, memandu pulang ke kampung halaman, menziarahi sahabat handai dan persiapan juadah Syawal anda dengan memuat turun playlist ini menerusi Spotify – http://bit.ly/inibarulahraya.

#IniBarulahRaya baq hang!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alami Keseronokan Festival Cheung Chau Bun

Nad Zainal Hos CITARASA MALAYSIA di TV Okey