in , ,

Ini Senarai Rancangan Hebat di Disney+ Hotstar Sempena Ramadan

Bagi Ramadhan yang mulia ini, nikmati rancangan terbaharu yang mengujakan di Disney+ Hotstar bersama sahabat karib serta keluarga tersayang anda di keselesaan rumah!

Dari siang hingga malam, berikut adalah himpunan tujuh rancangan yang khas untuk anda – terdiri daripada kisah ‘coming-of-age’, drama keluarga komedi, dan siri TV romantik yang pastinya akan menghiburkan hati anda, untuk ditambahkan kepada senarai tontonan Ramadhan anda.

Ini Senarai Rancangan Hebat di Disney+ Hotstar  Sempena Ramadan Ini

30 Hari Sebelum Raya

Apa yang akan berlaku apabila Mak Leha yang berperangai kelam-kabut tersilap memberi diagnosis bagi simptom suaminya, dan menyangka dia hanya dapat hidup 30 hari sehingga Raya? Saksikan bagaimana keluarga ini bergelut dengan realiti “penyakit” ketua rumah itu, di samping membuat persiapan untuk Raya dalam siri komedi yang akan ditayangkan pada 30 Mac ini.

Ini Senarai Rancangan Hebat di Disney+ Hotstar  Sempena Ramadan Ini

Do You Love Me, Captain?

Dibintangi bintang tempatan yang sedang melonjak naik, Sharifah Rose dan Ali Rezark, kisah ini menelusuri nasib Daneena ketika dia cuba melarikan diri daripada agenda kejam ibu saudaranya dengan bersembunyi di sebuah banglo di tepi laut. Bagi merahsiakan identitinya, dia berkahwin dengan Darish, Kapten TUDM yang merupakan pemilik banglo itu, dan menyamar sebagai pembantu rumah. Adakah identiti sebenar Daneena dapat dirahsiakan? Adakah rancangan ibu saudaranya mustahil dielakkan? Ikuti siri ini mulai 13 April untuk ketahui jawapannya! 

Ini Senarai Rancangan Hebat di Disney+ Hotstar  Sempena Ramadan Ini

Wedding Agreement The Series

Perceraian biasanya tidak akan terlintas dalam pemikiran pengantin baharu pada malam perkahwinannya, namun bukan begitu untuk Tian. Diolah semula daripada filem Indonesia 2019 dengan tajuk yang sama, sekuel 10 episod ini bermula apabila suami Tian, Bian, mencadangkan satu perjanjian bahawa mereka akan bercerai satu tahun selepas perkahwinan, kerana perkahwinan itu semata-mata bagi memenuhi kehendak ibu bapanya. Sarat dengan adegan menyayat hati dan cinta segi tiga yang rumit, drama bersiri Indonesia ini pastinya akan menjentik emosi anda.  

Ini Senarai Rancangan Hebat di Disney+ Hotstar  Sempena Ramadan Ini

Turning Red

Turning Red merupakan satu kisah yang menyentuh hati tentang Mei, seorang gadis berusia 13 tahun yang membesar dalam sebuah rumah tangga Asia yang klasik. Selain mengalami zaman akil baligh yang bergelora, Mei berasa amat tertekan untuk memenuhi harapan tinggi ibunya. Keadaan berubah apabila Mei mendapati dia akan berubah menjadi seekor panda merah raksasa apabila berasa tertekan, sekali gus menjadikan kehidupan remajanya porak-peranda. Hayati nostalgia awal 2000-an dengan menstrim filem ini di Disney+ Hotstar Ramadhan ini. 

Ini Senarai Rancangan Hebat di Disney+ Hotstar  Sempena Ramadan Ini

Encanto

Satu lagi kisah indah tentang dilema memenuhi harapan dan tradisi keluarga yang diceritakan melalui Encanto. Filem mempesonakan ini mengikuti perjalanan Maribel untuk menemui apa yang menjadikannya unik, dan melakar satu gambaran berwarna-warni tentang betapa pentingnya keutuhan kekeluargaan. Nikmati rancangan menyentuh hati ini bersama keluarga tersayang, dan jangan lupa untuk menyediakan beberapa kotak tisu sebelum anda menstrim filem pemenang anugerah Oscar® 2022 ini!

Ini Senarai Rancangan Hebat di Disney+ Hotstar  Sempena Ramadan Ini

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal

Bagi yang berjiwa muda, filem keluaran tempatan ini harus berada di atas senarai tontonan Ramadhan anda! Ia mengisahkan pengembaraan Upin dan Ipin apabila mereka dibawa ke sebuah kerajaan fantastik bernama Inderaloka, di mana mereka berhadapan dengan cabaran untuk menyelamatkan kerajaan tersebut daripada raja jahat.

Soundtrack #1

Berlatar belakangkan musim sejuk di Seoul moden, Soundtrack #1 mengisahkan cinta tidak berbalas antara dua sahabat karib yang ditugaskan untuk menghasilkan sebuah karya muzikal. Selepas tinggal di bawah bumbung yang sama selama dua minggu untuk menghabiskan lagu tersebut, pasangan itu, yang dibintangi pelakon veteran Park Hyung-Sik dan Han So-Hee, terpaksa berdepan dilema antara persahabatan dan percintaan. Strim Soundtrack #1 secara eksklusif di Disney+ Hotstar, dengan episod baharu setiap hari Rabu.  

Raikan semangat kebersamaan dengan siri pilihan menarik ini, serta semua rancangan kegemaran anda yang lain pada Ramadhan ini di Disney+ Hotstar di sini. 

Rakyat Malaysia boleh menstrim rancangan dan filem kegemaran mereka mulai sekarang dengan melanggan perkhidmatan secara terus di DisneyPlusHotstar.my atau melalui aplikasi Disney+ Hotstar pada peranti Android dan iOS, dengan harga RM54.90 selama tiga bulan*.

Akses Disney+ Hotstar di Astro dengan tawaran yang menakjubkan. Pelanggan Astro Movies Pack (CH411 – CH416) mesti mengaktifkan melalui astro.com.my/Disney untuk memulakan penstriman Disney+ Hotstar dengan segera.

Facebook: @DisneyPlusHotStarMY

Instagram: @DisneyPlusHotStarMY

Twitter: @DisneyPlusMY

TikTok: @DisneyPlusMY

*Mungkin tertakluk kepada caj bank tambahan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Kumpul Pahala Bersama Suria Malaysia Di Bulan Ramadan Ini

Dem Lepak Boyz

Langkah Pertama Dem Lepak Boyz Dengan Pelancaran ABANG DATANG