in , ,

Langkah Pertama Dem Lepak Boyz Dengan Pelancaran ABANG DATANG

Naib Juara ‘All Together Now Malaysia’ Muncul Dengan Single Pertama Di Bawah Naungan Rocketfuel Entertainment

Duo bertenaga dan penuh dinamik, Dem Lepak Boy (DLB) yang dianggotai dua penari berpengalaman, Zaidy dan Hazel terjun ke bidang nyanyian setelah menjadi naib juara program nyanyian ‘All Together Now Malaysia’ (ATNM) musim pertama.

Terbaharu, DLB hadir memperkenalkan single pertama mereka berjudul ‘Abang Datang’ yang diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment.

Dem Lepak Boyz

“Alhamdulillah, sejak menjadi naib juara ATNM ramai yang membuka mata terhadap bakat DLB. Mungkin pada awal kemunculan, kami hanya dikenali sebagai kumpulan penari, kini portfolio DLB bertambah dengan adanya bidang nyanyian.

“Kami juga ingin berterima kasih yang setingginya buat pihak Rocketfuel kerana memberi peluang kepada DLB selain percaya dengan bakat yang kami ada,” kata Zaidy.

Single Abang Datang dalam genre pop hip-hop dengan elemen ‘trap’ yang mendapat sentuhan barisan komposer disegani iaitu Omar K, Iqie Hugh dan John Jeeves ini mengambil masa selama 3 minggu untuk disiapkan yang merangkumi proses rakaman dari mula sehingga akhir.

“Pihak Rocketfuelpada mulanya ada memberitahu kami tentang lagu baru yang telah disiapkan dan mahukan kami menyanyikannya. Kami agak terperanjat kerana ia berlaku dengan mengejut. Namun kesemuanya kami anggap sebagai rezeki.

“Sebelum masuk ke studio, kami terlebih dahulu mengadakan sesi ‘brainstorming’ demi mencari melodi yang sesuai dan ‘kena’ dengan citarasa kami, maka lahirlah single Abang Datang,” jelas Hazel.

Abang Datang adalah sebuah lagu yang menceritakan tentang individu yang sering dipandang rendah atau remeh oleh masyarakat, namun mesej yang dibawakan mengajak agar semua bangkit dan menepis pandangan tersebut.

“Apa yang kami cuba sampaikan dalam Abang Datang adalah mengingatkan pada semua yang kita mampu menghadapi sebarang masalah dan jadi lebih kuat dari sebelumnya,” tambah Zaidy.

Perjalan seni DLB bermula hampir sedekad yang lalu, ketika itu mereka pernah memjuarai sebuah program pertandingan tarian urban berkumpulan iaitu ‘Showdown’ pada tahun 2012.

“Pada awalnya, DLB dianggotai senior kami dalam bidang tarian. Kemudian, pada tahun 2021, kami bercadang untuk menyambung legasi DLB ke bidang nyanyian pula. Setelah menghantar video uji bakat ke pihak ATNM, kami terpilih untuk menjadi peserta sehinggalah nasib menyebelahi kami apabila diumumkan sebagai naib juara. 

“Siapa sangka, permulaan yang hanya suka-suka akhirnya membuahkan hasil,” jelas Hazel.

Dem Lepak Boyz

Dem Lepak Boy merupakan nama yang diberikan oleh anggota yang terdahulu, kini tugas tersebut diserahkan kepada Zaidy dan Hazel dalam menyambung legasi nama kumpulan itu.

Ujar Zaidy, “Dahulunya, DLB lebih sinonim dengan bidang tarian sahaja. Setelah masa berlalu, kami berkembang dengan menceburi bidang nyanyian. Dan mana tahu pada masa akan datang, DLB mungkin terjun ke bidang lakonan pula. Kalau boleh kami nak cuba kesemua cabang seni.”

Selain single, video muzik (MV) Abang Datang yang turut diriliskan serentak menampilkan jalan cerita dan konsep yang menarik dengan adanya adegan pergaduhan di dalam sebuah gelanggang tinju!

Dem Lepak Boyz

Menurut Encik Erick Yew, Ketua Label dan Penerbitan Rocketfuel Entertainment yang baharu, “Kami mengambil keputusan untuk menjadikan DLB sebagai sebahagian dari Rocketfuel kerana kombinasi unik yang mereka ada. Walaupun baru, mereka mempunyai pengalaman yang mendalam dalam bidang seni. Dengan munculnya single Abang Sayang, semoga DLB bakal menggegarkan industri muzik tanah air dengan kehadiran mereka.

Komen Hazel, “Kami berdua berharap agar semua yang mendengar single Abang Datang sukakannya. Semoga semua terhibur dengan lagu yang DLB bawakan dan menjadi pemangkin serta memberi semangat melalui mesej yang disampaikan.

“Akhir kata, teruskan menyokong DLB dan ‘show us some love’ kerana masih banyak lagi yang kami mahu persembahkan buat rakyat Malaysia.

Lagu ‘Abang Datang’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Manakala MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Dem Lepak Boyz

Tajuk : ABANG DATANG

Artis : Dem Lepak Boyz

Penulis Lirik : Omark K, Iqie Hugh & John Jeeves

Komposer : Omark K, Iqie Hugh & John Jeeves

Terbitan : Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd.

(Verse 1)

Tiap kali ku di timpa masalah

Siap hati ku terima gembira

Jangan asyik bermasam muka

Hidup ini umpama roda

Ku menari tuk’ hilangkan duka

Ku menyanyi untuk kau bersuka

Kerut dahi tukar senyuman

Ikut langkah ku wahai kawan

(Pre-chorus)

Dah telan tak’leh ludah

Yang sudah itu sudah

Dah tiba masa ha ha ha!

(Chorus)

Jaga jaga, abang dah datang

Ni bukan calang calang

Joget joget, badan menyenget

Tak rugi pun seringgit

Malam ini abang yang punya

Tak berhenti berdansa

La la la la la!

Abang datang

(Verse 2)

Abaikan mulut membawang

pedulikan lidah yang tajam pedang

Layan kerenah buang masa

Hidup ini sekali saja

Lupakan sengketa lama

Banyak drama, itu lumrah manusia

Buang keruh, ambil yang jernih

Asal yang penting hati bersih

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sharifah Rose | 16

Ini Senarai Rancangan Hebat di Disney+ Hotstar Sempena Ramadan

Nelydia Senrose | 17

MINAZ Perkenal Nelydia Senrose Sebagai Wajah Kempen Blooming Raya