in , ,

Jom Kumpul Pahala Bersama Suria Malaysia Di Bulan Ramadan Ini

Suria FM memperkenalkan pengisian khas dan menarik bertemakan Kumpul Pahala sepanjang Ramadan ini.

Pengisian ini merangkumi program ilimiah, program berbentuk hiburan, shorties juga peraduan yang boleh didengarkan di frekuensi Suria FM juga boleh disaksikan menerusi platform digital Suria, antaranya laman web suria.my, saluran youtube SuriaTV  serta media sosial Suria Malaysia (Instagram, Facebook dan Twitter).

Kumpul Pahala Bersama Suria Malaysia Di Bulan Ramadan Ini

“Seperti yang semua tahu, pahala amalan akan berganda pada bulan Ramadan. Dengan konsep begitu, Suria FM akan mengetengahkan tema #KumpulPahala dalam usaha menyeru orang ramai untuk sama-sama melipat gandakan amalan mengumpul pahala pada bulan yang mulia ini,”

“Suria FM begitu menitik beratkan variasi pengisian Ramadan kali ini agar dapat memberi manfaat dan pada masa yang sama memberikan hiburan kepada pendengar dan penonton Suria menerusi semua platform Suria yang sedia ada, sama ada secara ke udara ataupun melalui platform digital,”

– Pengurus Besar Suria FM, Cik Roslinda Abd Majid (DJ Lin). 

Antara pengisian Kumpul Pahala adalah:- 

Tadabbur Suria bersama Quran Humaira 

Tarikh: 4 April – 29 April 2022 

Episod: 11 Episod

Rahmat seribu bulan, indahkan bersama Quran Humaira. sedekad menemani anda. 

Bersama Ustaz Don Daniyal dalam menafsir, memahami maksud ayat dan mendalami isyarat-isyarat daripada ayat-ayat al-Quran sepanjang Ramadan ini. 

Kumpul Pahala Bersama Suria Malaysia Di Bulan Ramadan Ini

30 Hari Mencari Cinta Ilahi 

Tarikh: 4 April – 3 May 2022 

Episod: 30 Episod

Dengarkan perkongsian Ustazah Datuk Dr Nurhafizah mengenai topik-topik berkenaan mencari cinta Allah SWT di dalam bulan Ramadan. 

Kumpul Pahala Bersama Suria Malaysia Di Bulan Ramadan Ini

Kotak Infaq Ramadan 

Beli ‘Kotak Pahala’ yang tersenarai di Kedai Suria dan sertai program infak Suria kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpilih. Kotak Pahala mempunyai barangan seperti sejadah, pelitup muka, kurma, hand sanitizer dan tasbih.  

Setelah sebulan fokus mengumpul pahala, raikan bersama ahli keluarga kegembiraan Raya ini dengan pengisian menarik dan terbaharu seperti drama raya dan muzik video Raya terbitan Suria Malaysia.  

Muat turun aplikasi terbaru Suria Malaysia dan ikuti platform media sosial Suria Malaysia

untuk mendapatkan info terkini mengenai program menarik dan menghiburkan sepanjang

Ramadan dan Raya ini. Gunakan #KumpulPahala #RaikanBersama untuk sebarang interaksi di laman sosial. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik BAHAGIA RAMADAN Adi Priyo, Iss Arffan, Ezly Syazwan, Haruka

Ini Senarai Rancangan Hebat di Disney+ Hotstar Sempena Ramadan