in , ,

Ini Pengalaman Budiey Buka Kotak Samsung Galaxy A72, Pilih Warna Hitam Yang Awesome!

Salam gais! Artikel ini Budiey tujukan buat anda semua yang sukakan gajet terkini dan tengah mencari telefon bimbit yang canggih dan berinovasi. Rekaannya dan buatannya juga cukup mengancam. Nah! Ini dia Budiey baru sahaja buka kotak Samsung Galaxy A72 yang baru saja dilancarkan bersama Galaxy A52 dan juga Galaxy A32 di Malaysia.

Oh ya! Mahu mudahkan lagi gambaran bagaimana pengalaman buka kotak ini, apa kata nonton aje video unboxing kat bawah ini. Jika korang perasan-lah di laman Youtube rasmi Samsung Malaysia, kita dah boleh nonton video Unboxing bagi Galaxy A52 dan Galaxy A72 yang baru dengan gaya yang sangat mudah difahami serta ringkas.

Sebenarnya, jauh di sudut hati, Budiey rasa sangat bertuah sebab menjadi antara pengguna paling awal Samsung Galaxy A72. Oleh kerana itu, Budiey nak kongsikan pengalaman Budiey buka kotak dan mencuba kali pertama telefon bimbit ini. Sangat tak sabar sebab teruja sangat dapat guna telefon bimbit yang elegan ini sebab Budiey pilih warna hitam yang awesome. Bergaya itu satu yang buat kita yakin, gais!

Jom kita lihat pada kotaknya yang cukup minimal dengan menampilkan bentuk fizikal depan dan belakang, sudah tentu rasa terliur nak beli, itu belum tengok isi dalamnya lagi. 

Samsung Galaxy A72

Okay, perkara pertama, jika kita lihat, kotak pembungkusan Galaxy A72 menggunakan  warna putih. Terdapat tulisan “Galaxy A72” yang disertakan dengan penampilan telefon bimbit, dan logo Samsung. Galaxy A72 tersedia dengan 4 pilihan warna iaitu Awesome Violet, Awesome Blue, Awesome Black, dan Awesome White 14. Korang pilih warna kegemaran korang sesuai dengan gaya dan penampilan korang bagaimana ya! Kalau tanya Budiey, sudah tentulah warna hitam sebab ia sesuai untuk korang guna di mana jua anda berada! Sesuai di mana jua acara dan sesuai dengan apa jua gaya!

Penampilan luar Galaxy A72 juga telah dikemaskini dan dirombak. Sudah lain gais rupanya. Kini Galaxy A72 menawarkan pilihan warna “Awesome Black” dengan corak hitam bertekstur kesat (matte), mirip varian “Phantom Black” di saudaranya, Galaxy S21 Ultra. Budiey rasa sangat puas hati semasa memegangnya, setiap sisi dan ketebalan sesuai dengan tapak tangan Budiey yang kekar ini.

Samsung Galaxy A72

Keduanya, sudah tentu ramai yang bertanyakan apa yang unik dan lainnya Galaxy A72 ini. Kelainan telefon pintar pada kali ini adalah terletak kepada keistimewaan yang Samsung telah sediakan seperti kalis air, dua pembesar suara, earphone jack, Game Booster, peningkatan sekuriti, Pemproses Octa-core, RAM sehingga 8GB dan storan dalaman 256GB. Sekiranya itu tidak mencukupi, tambahkan sehingga 1TB dengan kad microSD. Mudah bukan!

Apabila dibuka, anda akan terus dapat melihat peranti Galaxy A72 yang dibungkus dengan rapi dengan plastik. Ya, untuk keselamatannya skrin perlulah dilindungi oleh plastik yang bertulis 3 ciri penting peranti iaitu Infinity- 0 Display, Quad Camera 64 MP dengan OIS dan IP67 tahan air & Debu. Di situ korang akan tahu apa yang istimewanya peranti ini. 

Seterusnya terdapat dua barang keperluan yang boleh didapati di bawah peranti Galaxy A72 iaitu pengecas dan kabel data.

Samsung Galaxy A72

Kad jaminan, buku panduan dalam pelbagai bahasa dan alat ejector slot kad SIM diletakkan berasingan dalam kotak nipis.

Galaxy A72 masih menyertakan pengisi daya berjenis Super Fast Charger dengan keluaran daya mencapai 25 watt di dalam kotak kemasan. Oh tak lupa kabelnya adalah USB Type-C. Ya, masih! Itu yang terbaik bukan? Yang penting, kemasan pemampilan Galaxy A72 terkesan jauh lebih minimalis dari sebelumnya.

Ukuran handphone Galaxy A72 sendiri itu besar layaknya lini Galaxy A7. Ketika saya genggam handphone-nya terasa lebih kotak di bahagian sudut, namun masih tetap nyaman di tangan saya.

Setiap kali mengulas telefon bimbit, perkara pertama dan utama yang Budiey ingin sentuh adalah tentang fungsi kameranya. Rata-rata antara kita semua ni, suka berselfie betul? Jadi dengan Galaxy A72 ini, korang dapat berselfie dengan mutu gambar yang cukup awesome dan bergaya sekali. Lagi satu, korang nak snap gambar makro juga sangat mudah, dan ada OIS (Penstabilan Imej Optik) yang membantu menstabilkan gambar padu walaupun pada cahaya rendah. Gambar ketika waktu pagi, petang atau malam semua boleh snap! Tak ada masalah lagi!

Samsung Galaxy A72

Galaxy A72 sudah memiliki sertifikasi IP67 yang manaini bermaksud, handphone ini tahan air. Telefon ini tahan hingga 1.0 meter air hingga 30 minit. Ini berdasarkan kepada ujian untuk perendaman hingga 1 meter air tawar hingga 30 minit. By the way, sangat tidak menyarankan korang sewenang pergi rendam kat dalam air laut, air kolam renang dan air sabun. Sekiranya korang tertumpah cecair yang mengandungi gula di telefon pintar Samsung Galaxy A72, bilas dengan air bersih yang telah disediakan di dalam bekas sambil menekan butang. Ia selamat untuk tekanan air rendah sahaja. Tekanan air yang tinggi seperti aliran air paip boleh merosakkan peranti. Oleh itu, anda boleh terus bermain dan menangkap gambar serta video jika telefon pintar anda sedikit basah.

Untuk yang nak tahu harganya… harganya berpatutan sangat iaitu RM 1,899!

Terima kasih sudi membaca sampai habis artikel ini. Nantikan untuk ulasan secara mendalam lagi tentang Samsung Galaxy A72.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Big Mouth Lancar KOLABORASI Bersama NABILA RAZALI, Jual Kek Lapis Sarawak Empat Perisa

VE2021 Kembali Dengan ‘TUNGGU’ Selepas 13 Tahun Menyepi