in ,

Big Mouth Lancar KOLABORASI Bersama NABILA RAZALI, Jual Kek Lapis Sarawak Empat Perisa

Pengeluar produk makanan tempatan, Big Mouth telah melancarkan kolaborasi sulung mereka bersama pelakon dan penyanyi terkenal, Nabila Razali bertempat di Taman Mahsuri, Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Nabila Razali antara rakan selebriti yang banyak memberi sokongan terhadap setiap pengeluaran produk Big Mouth sehingga ke harini. Kolaborasi bersama Nabila Razali adalah selari dengan visi Big Mouth selain beliau digambarkan sebagai seorang yang berinspirasi, berpersonaliti, berani dan berjiwa besar dalam setiap bidang kerja yang beliau lakukan.

Big Mouth X Nabila Razali diharapkan dapat memperkenalkan dan mengangkat budaya seni tradisi Kek Lapis Sarawak ke Semenanjung selain dapat menyokong produk tempatan. Set kek lapis premium Big Mouth X Nabila Razali dikeluarkan sebanyak 20,000 set (80,000 batang kek) bakal dipasarkan di seluruh Malaysia , Singapura dan Brunei.

Big Mouth Lancar KOLABORASI Bersama NABILA RAZALI

Set Kek Lapis Sarawak premium ini di datangkan dengan 4 perisa beserta dengan nama yang unik iaitu Pandan Cheese – Jealous, Blueberry – Cumi-Cumi , Cadbury –Vroom dan Masam Manis – Second Chance. Nama-nama kek lapis premium ini adalah berdasarkan lagu lagu popular yang pernah dinyanyikan oleh penyanyi tersebut.

Kek Lapis Premium Big Mouth HQ x Nabila Razali ini boleh dibeli melalui pembelian dalam talian di https://www.bigmouthhq.com.my/ atau melalui stokis dan agent sah yang berdaftar di seluruh Negara bermula 25 Mac 2021.

KREDIT FOTO: Amin Budak Tadika

Big Mouth Lancar KOLABORASI Bersama NABILA RAZALI
Big Mouth Lancar KOLABORASI Bersama NABILA RAZALI
Big Mouth Lancar KOLABORASI Bersama NABILA RAZALI
Big Mouth Lancar KOLABORASI Bersama NABILA RAZALI
Big Mouth Lancar KOLABORASI Bersama NABILA RAZALI
Big Mouth Lancar KOLABORASI Bersama NABILA RAZALI

Big Mouth

“WE DELIVER DELICIOUS! Kami memberi kepuasan dan keenakan yang belum pernah anda rasa! BIGMOUTH adalah mengenai pilihan makanan yang unik,sedap dan memenuhi citarasa anda. Kami sentiasa mencari kelainan di dalam setiap produk keluaran kami bagi meningkatkan pengalaman baru dalam hidup anda. Bukan sahaja memfokuskan dalam menghasilkan makanan yang baik, tetapi kami juga menerapkan konsep “Berkongsi Rezeki”. Kami memberi peluang kepada mereka di luar sana dengan menjadi ejen kami. Produk-produk BIGMOUTH akan mengubah persepsi anda bahawa makanan tradisional sekarang bukan sahaja senang didapati, tetapi juga telah diinovasi untuk memberikan perbezaan rasa dan pengalaman baru kepada pencinta makanan di luar sana. “

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Foto Memangku Kekasih Atas Riba, Janna Nick Dikecam Lagi

Ini Pengalaman Budiey Buka Kotak Samsung Galaxy A72, Pilih Warna Hitam Yang Awesome!