in , ,

Ini Gambaran Awal Samsung Galaxy S22 Ultra, Mirip Galaxy Note

Siri Samsung Galaxy A serta telefon lipat baharu telah pun diperkenalkan. Kini, cerita tentang siri Galaxy S22 pula mula muncul di arena web.

Berdasarkan laporan terbaru daripada OnLeaks yang memang terkenal dalam berkongsikan imej komputer peranti baharu telah memperlihatkan gambaran awal bagi Galaxy S22 Ultra.

Ini Gambaran Awal Samsung Galaxy S22 Ultra, Mirip Galaxy Note

Melaluinya, dua perkara utama yang dapat dilihat. Pertama, rekaan luarannya tampil sedikit berbeza berbanding terdahulu. Ini kerana sekilas pandang ia mirip siri Galaxy Note.

Terdapat pada Samsung Galaxy S22 Ultra itu juga terdapat S Pen yang terbina seperti Samsung Note. Secara tidak langsung, ia menguatkan lagi spekulasi siri Galaxy Note tidak akan dilancarkan pada masa hadapan walaupun ada khabar angin mengatakan Galaxy Note 21 adalah peranti akhir dalam keluarga ini.

Ini Gambaran Awal Samsung Galaxy S22 Ultra, Mirip Galaxy Note

Kedua, modul kameranya sedikit unik kerana berbentuk “P”. Namun, Ice Universe mempunyai maklumat sedikit berbeza dengan OnLeaks dimana bentuk “P” tadi diasingkan.

Ini Gambaran Awal Samsung Galaxy S22 Ultra, Mirip Galaxy Note

Tambahnya, Samsung mempunyai dua prototaip yang sedang dibangunkan. Mungkin salah satunya bakal digunakan nanti. Apa pun, dijangka rekaan sebegitu benar kerana siri Galaxy S21 sebelum ini juga tepat.

Ini Gambaran Awal Samsung Galaxy S22 Ultra, Mirip Galaxy Note

Sumber: OnLeaks

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAJAT

Mufti Mahu Sajat Cepat Bertaubat & Akur Dicipta Sebagai Lelaki

Hidap Masalah Buah Pinggang Kronik, Anak Shahrol Shiro Jalani Pembedahan 1 Oktober