in , ,

Kamera Utama Samsung Galaxy A22 5G Menerima Skor DxoMark Sebanyak 89 Mata

Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa telefon pintar 5G kini semakin mampu milik. Samsung Galaxy A22 5G adalah salah satu daripadanya dan ia boleh dibeli pada harga di bawah RM1000 di Malaysia.

Selain daripada rangkaian 5G terbina, tri-kamera pelbagai guna pada peranti ini juga adalah salah satu titik jualannya.

Tri-kamera tersebut terdiri dengan tetapan 48MP (utama) + 5MP (ultra-lebar) + 2MP (kedalaman). Terkini, DxoMark dilihat mengemaskini laporan dengan berkongsi kutipan mata keseluruhan untuk kamera utama peranti ini.

Ia menunjukkan Samsung Galaxy A22 5G menerima 89 mata untuk markah keseluruhan. Ringkasan ujian mempelihatkan pecahan mata sebanyak 99 markah untuk keupayaan fotografi. Seterusnya, ia diikuti oleh 30 mata untuk kebolehan zum dan 75 mata pula untuk pula untuk kemampuan rakaman video.

Pengalaman Budiey Buka Kotak Samsung Galaxy A22 5G, Kamera Padu Dengan Harga Mampu Milik

Pujian diberikan kepada pendedahan yang memuaskan untuk kebanyakan situasi. Sistem autofokus juga baik dalam situasi pencahayaan cukup dan hasil potret juga memuaskan dengan keperincian yang jitu.

Begitu juga dengan video, ia memiliki sistem imbangan putih yang seimbang secara amnya. Hingar juga terkawal selagi rakaman diambil dalam pencahayaan cukup.

Kritikan pula diberikan kepada penghasilan warna yang sering tidak tepat terutamanya dalam situasi pencahayaan rendah.

Kamera ultra-lebar juga memberikan hasil yang kurang memuaskan. Seterusnya, rakaman video pula mempunyai julat dinamik yang terhad. Rakaman pada pencahayaan rendah juga kurang memuaskan dengan tahap butiran yang rendah.

Sumber : DxOMark

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Vida 2020 | 23

Jadi PA Je Pun, Macamana Boleh Kaya? Ini Penjelasan Iqbal dari RM500 Jadi Jutawan

Stephen Lang Dont Breathe | 24

Pawagam GSC Akan Mula Dibuka Pada 16 September Ini Di Lokasi Terpilih