in ,

Hidap Masalah Buah Pinggang Kronik, Anak Shahrol Shiro Jalani Pembedahan 1 Oktober

Sekitar awal September lalu, media ada berkongsi mengenai kisah anak pelawak Shahrol Shiro, iaitu Ismail Rifqi yang baru berusia 8 bulan yang disahkan menghidap penyakit buah pinggang kronik. Terbaru, Anna memaklumkan anaknya itu bakal menjalani pembedahan pada 1 Oktober di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya.

Menurut isterinya, Nor Farhanah atau lebih mesra dengan panggilan Anna, anak keduanya itu telah disahkan menghidap penyakit buah pinggang serius dimana dia didapati tidak mempunyai buah pinggang sebelah kanan malahan buah pinggang kirinya sekarang sedang membengkak.

Terbaru, Anna memaklumkan anaknya itu bakal menjalani pembedahan pada 1 Oktober di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya.

Hidap Masalah Buah Pinggang Kronik, Anak Shahrol Shiro Jalani Pembedahan 1 Oktober

Perlu dilakukan segera kerana buah pinggang kiri sudah rosak

Menurut Anna, pembedahan segera itu perlu dilakukan memandangkan buah pinggang sebelah kiri Ismail sudah rosak dan membengkak, lapor Harian Metro.

“Alhamdulillah, Ismail sekarang dalam keadaan sihat. Malah, kalau tengok dari segi luaran, tahap kecergasannya sangat aktif dan tak nampak seperti bayi yang sakit. Makan dan minumnya, alhamdulillah semua okey.

“Namun, buah pinggang belah kiri itu masih bengkak sebab salurannya tersumbat kira-kira 80 peratus. Kalau tak buat pembedahan segera, Ismail akan mudah demam dan terkena jangkitan kuman,”

– Anna
Hidap Masalah Buah Pinggang Kronik, Anak Shahrol Shiro Jalani Pembedahan 1 Oktober

Jaga pemakanan anak

Jelas Anna, dia ketika ini sangat menititikberatkan pemakanan anaknya itu dengan mengelakkan pengambilan garam dan gula dalam makanan.

“Dari segi pemakanan Ismail, saya memang jaga betul dengan elakkan langsung pengambilan garam dan gula. Ismail perlu penjagaan yang sangat rapi,”

– Anna
Hidap Masalah Buah Pinggang Kronik, Anak Shahrol Shiro Jalani Pembedahan 1 Oktober

Kos sekitar RM 40k -45k

Difahahamkan kos pembedahan berkenaan adalah sekitar RM40,000 hingga RM45,000 dan mereka memilih pusat perubatan tersebut terdapat doktor pakar buah pinggang kanak-kanak disana.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Gambaran Awal Samsung Galaxy S22 Ultra, Mirip Galaxy Note

Caprice Terima Teguran Netizen, Gurau Melampau dengan King Coco