in

Imej Seksi Chomell Fana dalam Carta Blockbuster

Chomell Fana Pengacara Baru Carta Blockbuster KRU TV
Tahniah buat pelakon dan penyanyi Chomell Fana atau nama sebenarnya Noorhanis Farhana Shaharuddin sebab terpilih menjadi hos terbaru program terbitan KRU TV, Carta Blockbuster musim kedua. Dari ‘2P’ (Pelakon dan Penyanyi), kini Chomell boleh berbangga dengan gelaran ‘3P’ kerana bekas pemain bolasepak wanita remaja kebangsaan mewakili Malaysia dan dan jaguh silat Selangor ini dah pun dilamar oleh KRU TV untuk mengacarakan Carta Blockbuster musim terbaru. Tahniah Chomell! Bukan senang nak dapat peluang macam ni, so buat betul-betul ya.

Chomell akui dia masih dalam proses belajar untuk menjadi seorang pengacara.

Dengarnya, Chomell Fana menggantikan pengacara Cristina Suzanne yang menngacara Carta Blockbuster musim pertama di mana Cris terpaksa melupakan seketika kerana menerima job untuk jadi pelakon utama dalam sebuah filem arahan Osman Ali. Murah betul rezeki Cristina selepas menyertai program Pilih Kasih dan jadi hos Carta Blockbuster. Budiey tahu pasal benda ni si sebab ada borak-borak dengan Cris masa beliau jadi hos di Carta Blockbuster dan Budiey pula selalu ke lokasi pengambaran untuk rebiu filem dalam Carta Blockbuster.

Chomel Fana

Mulanya, Chomell yang mula dicungkil bakat melalui drama bersiri Comel arahan Aziz M. Osman ini hanya mencuba nasib apabila dipanggil oleh penerbit Carta Blockbuster iaitu Astra Melda. Setelah seminggu, Astra memanggil Chomell untuk membaca skrip dan cuba jadi hos. Apabila diberitahu yang beliau berjaya jadi hos, Chomell rasa macam tak percaya. Baginya, cabaran menjadi hos sangat mencabar dan berbeza dengan dunia lakonan dan nyanyian. Kesukarannya, seseorang hos perlu baca dan hafal skrip dengan betul dan lancar on the spot dan perlu bersedia untuk berdepan dengan kamera. Sudah tentu, perasaan berdebar dan nervous itu tetap ada. Itu memang perkara biasa. Insyaallah, pada masa depan, Chomell mahu mencuba jadi hos secara live pula. Sebelum ini, Chomell pernah mengacara program TV RTM iaitu di TVi, Remaja di RTM pada tahun 2010.

Bekas peserta sukan silat wakil Selangor ini berkata dia sangat bernasib baik kerana penerbit Carta Blockbuster tidak lokek untuk mengajar beliau sesuatu yang baru kerana bagi Chomell, Carta Blockbuster satu program TV yang sangat unik kerana ia menampilkan carta top 10 filem di pawagam. Kalau boleh Chomell mahu mencuba untuk lakukan yang terbaik dan mahu dirinya lebih perfectionist dalam setiap apa jua bidang yang diceburi.

Okay, kepada peminat filem di luar sana, jangan lupa untuk tonton Carta Blockbuster setiap minggu dengan melayari www.tonton.com.my

Ingin Maju Dalam Dunia Lakonan
Sebelum ini, anak keempat daripada lapan beradik ini pernah meletop di kaca TV3 dengan drama Stanza Cinta dan dia akui, ramai yang mengenali siapa itu Chomell Fana dengan lakonannya sebagai Auni yang begitu penyayang dan berkarakter agak kasar. Jika sebelum ini, Chomell juga pernah berlakon dalam Roda-Roda KL memegang watak sebagao tomboy yang psiko dan membunuh. Chomell mahu menjiwai watak sebagai gadis kampung atau gadis yang agak kasar. Tapi jangan tak tahu, sebelum ini, karier Chomell bermula dengan tugas di belakang tabir sebagai kru produksi saje.

Sebagai pelakon dia sentiasa mahu melakukan yang terbaik ketika membawakan watak walaupun bertindak sebagai pelakon pembantu ia juga memainkan peranan penting dalam sesebuah drama untuk impak yang positif kepada penonton.

“Buat masa ini memang watak yang diberikan pada saya seperti gadis remaja dan pelakon yang bergelar artis. Memang saya masih belum puas melakonkan pelbagai watak. Jika diberi peluang saya ingin mencuba lebih banyak watak jahat atau antagonis. Sebenarnya saya lebih suka bawa karakter jahat seperti dalam drama Roda-Roda KL sebagai minah rempit. Bukan sebab watak jahat tetapi watak yang membuatkan saya lebih agresif seperti menjerit lebih mudah dilakukan. Saya agak susah untuk menangis. Walaupun pernah membawa watak sedih dan lembut dalam telemovie Laila Sari,”

Terbaru, Chomell juga tidak sabar menantikan maklum balas peminat dengan penampilannya di layar perak menerusi filem Cinta Kura-kura, Siti Suka Ramli Sarip (filem pendek) dan Azura yang bakal menjengah pawagam tidak lama lagi.

Chomel Fana

Budiey bersama Chomell Fana semasa rakaman Carta Blockbuster musim terbaru episod yang kedua.

Budiey sempat bertanya tentang imejnya yang nampak agak seksi semasa penampilan Carta Blockbuster episod kedua yang lalu. Chomell berpendapat, pengertian seksi itu ialah ketika mana seseorang itu mendedahkan auratnya. Jadi itu yang menyebabkan orang akan menganggap seseorang itu seksi. Namun, Chomell tak nafikan orang yang menutup aurat juga seseorang yang seksi kerana penampilan dan mungkin pada karakternya.

Gadis yang berasal dari Perak ini mahukan teman lelaki yang bermata kuyu, ada didikan agama dan mampu memberikan kebahagian kepada dirinya. Namun, beliau masih belum berfikir untuk mencari teman lelaki yang bakal menjadi suaminya di usianya kini yang menjangkau 25 tahun.

Chomel Fana

Chomel Fana

Chomel Fana

Chomel Fana

 

 

Chomel Fana

 

 

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Astro Kasih Cipta Rekod di Malaysia Book of Records

Carolyn Nur Amira Lee Pengarah Urusan Avon Malaysia