in

Carolyn Nur Amira Lee Pengarah Urusan Avon Malaysia

Carolyn Nur Amira Lee Pengarah Urusan Avon Malaysia

15hb Oktober 2011 – Avon Products, Inc dengan bangganya mengumumkan perlantikan Carolyn Nur Amira Lee sebagai Pengarah Urusan Baru Avon Malaysia. Dengan pengalaman jualan langsung dan barangan pengguna selama lebih 20 tahun, Carolyn mempunyai ilmu industry perniagaan yang luas serta terbukti memahami strategi, motivasi daya jualan dan jenama syarikat kami. Carolyn memulakan karier beliau sebagai Eksekutif Promosi di Tupperware Malaysia, Singapura dan Brunei.

Carolyn Lee

Kemudian beliau mendaki kejayaan dengan menggalas tanggungjawab dalam bidang Latihan, Jualan dan Sokongan Jualan serta Pemasaran. Carolyn telah dilantikan sebagai Pengarah Urusan Nutrimetics Malaysia pada tahun 2006 dan kemudian dipertanggungjawabkan Nutrimetics Thailand pada tahun 2008.

Dengan pengalaman luas dan mendalam dalam bidang latihan, pembangunan jualan dan pemasaran, beliau Berjaya memimpin Nutrimetics melalui pelbagai insentif pembangunan jenama dan menerajui persaingan menerusi pembangunan syarikat yang mengendalikan satu rangkaian barangan yang luas. Melalui kepimpinan beliau, Nutrimetics juga telah Berjaya mengurangkan kos operasi melalui pengstrukturan semula pengendalian barangan.

Beliau telah memperbaiki keberkesanan organisasi dengan langkah penjimatan dalam latihan dan pembangunan wakil serta kakitangan termasuk memperhebatkan program pengiktirafan dan pendapatan. Dengan jawatan baru ini, Carolyn akan mengurus tadbir Avon Malaysia dan melapor langsung kepada Bob Briddon, Naib Presiden Kanan Asia Pasifik, Avon Products, Inc. Dengan tumpuan dan kesungguhan dalam memperkasakan wanita, Carolyn bercita-cita mengunjungi lebih wanita dan menjadi Avon jenama utama di kalangan wanita. Carolyn kini berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Beliau gemar membaca dan memasak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Imej Seksi Chomell Fana dalam Carta Blockbuster

U Mobile Supports Young Talents With Pop Star 2011